Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan S'pura, China ada 'potensi besar': PM Lee

Hubungan Singapura dengan China sudah "banyak berubah" sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1990 dan masih terdapat "potensi besar", kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan S'pura, China ada 'potensi besar': PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 10:31PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 10:36PM

SINGAPURA: Hubungan Singapura dengan China sudah "banyak berubah" sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1990 dan masih terdapat "potensi besar", kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

PM Lee berkata demikian dalam wawancara dengan agensi berita rasmi China Xinhua pada Isnin (22 Apr) menjelang lawatannya ke Beijing untuk menghadiri Forum Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kedua pada Jumaat. Beliau ditanya mengenai hubungan diplomatik antara Singapura dengan China yang akan genap berusia 30 tahun pada tahun depan.

PM Lee berkata hubungan dua hala Singapura-China menjalani perubahan sepanjang tempoh itu. Beliau memberi contoh bagaimana hubungan ekonomi kedua-dua negara sudah berkembang pesat.

China kini menjadi rakan dagangan terbesar Singapura, manakala Singapura adalah pelabur luar negara China yang terbesar, menurut PM Lee. Singapura juga adalah destinasi utama bagi pelaburan China di rantau BRI, membentuk suku pelaburan sedemikian, tambah PM Lee lagi.

Berhubung kerjasama serantau, Singapura melakukan yang terbaik untuk mempertingkatkan hubungan antara ASEAN dengan China sebagai penyelaras. Kedua-dua negara juga merupakan sebahagian daripada perjanjian perdagangan yang disarankan di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).

'Kami berharap semua ini akan membantu China bergabung dengan cara membina dan secara aman ke dalam ekonomi serantau serta perdagangan global dan sistem strategik," kata PM Lee.

"Jadi, peluang itu masih ada," tambahnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan