Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan rakyat jadikan ikatan S'pura-M'sia 'istimewa'

Dalam majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan di KL, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon berkata COVID-19 mengukuhkan kesalingbergantungan Singapura dan Malaysia sepanjang tempoh mencabar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan rakyat jadikan ikatan S'pura-M'sia 'istimewa'

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon. (Gambar: Facebook/Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Singapura pada Rabu malam (17 Ogos) mengadakan majlis resepsi sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura, yang disambut setiap 9 Ogos, dengan majlis itu pertama kali diadakan dalam tempoh tiga tahun oleh kerana pandemik COVID-19.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon berkata wabak itu, bagaimanapun, mengukuhkan kesalingbergantungan Singapura dan Malaysia sepanjang tempoh yang mencabar itu.

Semasa mengenang semula halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kedua-dua negara jiran itu ketika wabak melanda, beliau berkata hubungan Singapura dengan Malaysia terbina atas hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh.

“Orang ramai menjadikan hubungan antara kedua-dua negara kita sangat istimewa. 

“Pada Hari Kebangsaan ini, saya berharap hubungan kita akan terus berkembang dan lebih kukuh dengan sumbangan setiap generasi seterusnya antara rakyat Singapura dan Malaysia,” katanya ketika berucap di majlis resepsi yang diadakan di Hotel Shangri-la.

Bertemakan “Kami Rindukan Anda”, majlis resepsi itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, yang menjadi tetamu terhormat.

Lebih 800 tetamu menghadiri majlis itu, termasuk rakyat Singapura dan para pegawai daripada kerajaan Malaysia, sektor korporat, kor diplomatik dan media.

Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pemuzik Singapura Churen Li, seorang pemuzik yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pernah membuat persembahan di festival-festival tempatan dan antarabangsa.

Selaras dengan tema itu, tempat itu turut dihiasi dengan ikon Singapura, termasuk ukiran ais dengan perkataan “Majulah”, yang merupakan lagu kebangsaan Singapura.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan