Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan kukuh SG-China titik terang dalam dunia tidak menentu: Dr Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan kukuh SG-China titik terang dalam dunia tidak menentu: Dr Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan (kiri) dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 09 Sep 2024 08:04PM Dikemas Kini : 09 Sep 2024 10:20PM
BEIJING: "Hubungan cemerlang" antara Singapura dan China adalah satu titik terang dalam dunia yang kian tidak menentu.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian semasa bertemu rakan sejawatannya dari China, Wang Yi di Beijing.
Dr Balakrishnan sedang melakukan lawatan selama dua hari ke China yang berakhir pada Selasa (9 Sep).

Menyifatkan Encik Wang seorang "sahabat yang akrab", Dr Balakrishnan akur bahawa Singapura dan China meningkatkan hubungan dua hala tahun lalu, semasa Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong melakukan lawatan ke China.

Ini mencerminkan hubungan sangat rapat dan unik yang terjalin sekian lama antara kedua-dua negara.

Walaupun Singapura dan China bakal meraikan jalinan hubungan diplomatik selama 35 tahun pada 2025 nanti, Dr Balakrishnan menekankan bahawa hubungan itu sudah lama dibina.

Para pemimpin perintis mendirikan asas bagi hubungan yang kukuh dan konstruktif.

Tambah Dr Balakrishnan, Perdana Menteri Lawrence Wong juga komited untuk mengukuhkan lagi hubungan tersebut.

Singapura mengalu-alukan rencana kunjungan Timbalan Perdana Menteri China Ding Xuexiang ke Singapura bagi mempengerusikan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC).

Ia adalah forum tahunan peringkat tertinggi antara kedua-dua pihak.

"Ini adalah JCBC yang ke-20 jadi ia juga majlis yang sangat penting untuk memperingatinya, dan bagi kita untuk mencari - bukan sahaja projek lalu yang dilakukan bersama, tetapi bagi bidang-bidang yang baru muncul.

"Memandangkan Singapura sebuah negara bandar yang sangat kecil, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan China semasa fasa-fasa berbeza pembangunan anda," kata Dr Balakrishnan.

Encik Wang pula menggariskan bagaimana landskap antarabangsa kini dibentuk oleh pelbagai perubahan dan ketidaktentuan.

Beliau menyeru kedua-dua negara untuk mengukuhkan penyelarasan dan perhubungan sebagai dua kuasa bagi kestabilan.

Beliau juga menekankan komitmen China untuk meningkatkan pembaharuan dan terus bersikap terbuka.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan