Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan global penting bagi kembangkan firma S'pura, wujudkan pekerjaan, kata Iswaran

Singapura perlu terus memanfaatkan peluang-peluang di luar negara dan mengelak dasar-dasar melihat ke dalam sahaja di tengah-tengah sekitaran global yang kian mencabar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2020 10:35PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 10:39PM

SINGAPURA: Singapura perlu terus memanfaatkan peluang-peluang di luar negara dan mengelak dasar-dasar melihat ke dalam sahaja di tengah-tengah sekitaran global yang kian mencabar.

Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata demikian semasa acara Hari Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) siang tadi (22 Okt).

Encik Iswaran berkata jalinan lebih banyak hubungan dagangan bebas dengan negara-negara merata dunia dapat membantu syarikat-syarikat berkembang
dan mencipta pekerjaan untuk warga Singapura.

Beliau menambah Singapura sedang berusaha menjalin hubungan dengan negara-negara yang sehaluan seperti menerusi perjanjian ekonomi digital.

Ia juga sedang cuba memuktamadkan Perjanjian Serantau RCEP secepat mungkin. Dengan 15 anggota, RCEP dijangka membentuk perjanjian dagangan bebas terbesar di dunia.

Setakat ini, Singapura sudahpun memeterai 25 FTA dengan ekonomi-ekonomi yang menyumbang 85 peratus kepada GDP sejagat. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan