Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan dua hala SG-India terus berkembang dengan peluang kerjasama baharu: Presiden Tharman

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jan 2025 07:38AM Dikemas Kini : 16 Jan 2025 09:48PM
NEW DELHI: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata hubungan Singapura-India sedang berkembang, dengan peluang-peluang baharu untuk kerjasama.

Bidang-bidang utama seperti kemampanan dan industri semikonduktor dijangka memacu perkongsian yang semakin berkembang itu.

Dan beliau menggesa rakyat Singapura untuk meraikan kepelbagaian India, yang dianggapnya sebagai salah satu kekuatan terbesar negara itu.

Encik Tharman berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 200 tetamu, termasuk rakyat Singapura yang tinggal di India, dalam satu majlis jamuan di New Delhi pada Rabu (15 Jan).

Para hadirin berkumpul di ibu kota India itu dari negeri-negeri di seluruh India termasuk Chennai, Pune dan Mumbai.

Antara mereka adalah ahli akademik, profesional dan juga suri rumah.

Acara tersebut termasuk acara memotong kek untuk menandakan 60 tahun kemerdekaan Singapura.

Makanan kegemaran tempatan dari tanah air disediakan atas permintaan rakyat Singapura yang tinggal di India.

Presiden Tharman kini di India dalam rangka lawatan negara selama lima hari di mana beliau akan melawat New Delhi dan wilayah Odisha di selatan.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan