Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan doktor keluarga, pesakit perlu dipererat kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura mesti terus membangunkan sistem jagaan asas sebagai tulang belakang sistem jagaan kesihatan negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2021 08:02PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 09:08PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura mesti terus membangunkan sistem jagaan asas sebagai tulang belakang sistem jagaan kesihatan negara ini.

Beliau berkata hubungan antara doktor keluarga dan pesakit perlu dipererat.

Singapura, tambahnya, sedang berusaha untuk meluaskan satu program perintis yang mana seseorang pesakit dirujuk kepada kumpulan doktor yang sama untuk jagaan asas.

Beliau berkata demikian di acara ulang tahun ke-50 Kolej Doktor Keluarga.

Jagaan kesihataan berasaskan pasukan sebelum ini sudah dilaksanakan di poliklinik-poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG).

Menurut NHG cara itu meningkatkan kepercayaan dan saling memahami antara pesakit dengan doktor.

Ia sekali gus memperkasa para pesakit untuk menjaga kesihatan sendiri.

PM Lee juga berkata Singapura akan memperluaskan satu skim untuk klinik-klinik berganding bahu bagi mewujudkan rangkaian lebih luas dan bekerja secara berpasukan.

Ini akan membolehkan lebih ramai doktor keluarga menyediakan jagaan kesihatan masyarakat yang lebih baik.

"Kita harus memanfaatkan kepakaran dan sumber yang tersedia dalam masyarakat lebih luas untuk mengembangkan rangkaian sokongan yang disediakan doktor keluarga, terutamanya untuk keadaan kronik dan keperluan penjagaan kompleks. Ini bermakna menjalin hubungan dengan rangkaian rakan kongsi dan karyawan, menjangkaui di luar sektor penjagaan kesihatan. Contohnya, dengan agensi perkhidmatan sosial untuk lebih menyokong keluarga memerlukan," kata beliau.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan