Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan AS-China sangat rumit untuk dihurai dalam satu mesyuarat

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan AS-China sangat rumit untuk dihurai dalam satu mesyuarat

(Gambar: Aqil Haziq Mahmud/CNA)

SINGAPURA: Memperbaiki hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China "terlalu rumit" untuk dihuraikan dalam satu mesyuarat seperti Dialog Shangri-La (SLD), kata Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen kepada para wartawan pada Ahad (12 Jun). 

Ini menyusuli pertemuan pertama antara Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin dan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe  pada Jumaat (10 Jun), iaitu hari pertama sidang puncak keselamatan peringkat tinggi dan mereka berdua saling bertikam lidah melalui ucapan mereka yang disampaikan pada Sabtu (11 Jun) dan Ahad (12 Jun). 

Encik Austin dan Jeneral Wei bertikam lidah mengenai isu Taiwan sebelum Setiausaha Pertahanan AS itu berkata pada Sabtu (11 Jun) bahawa China sekarang lebih "bersikap agresif". 

Jeneral Wei pada Ahad (12 Jun) menggesa AS supayak berhenti "memburuk-burukkan dan mengawal" China sambil mendakwa "kuasa besar" itu mengamalkan pendekatan yang "agresif" di Laut China Selatan. 

Dr Ng pada Ahad (12 Jun) turut mengulas tentang dialog tiga hari itu dan berkata kenyataan Encik Austin dan Jeneral Wei "memberikannya keyakinan". 

"Adakah pertemuan dan perbincangan mereka memperbaiki hubungan AS-China? Saya rasa itu terlalu mengharapkan. Satu pertemuan tidak akan mengubahnya," ujarnya. 

"Adakah ia memberi kedua-dua pihak untuk memikirkan: Saya tahu tujuan saya, kami tahu perbezaan kami. Bagaimana harus kami mengambil langkah seterusnya? Sekurang-kurangnya apa yang tidak disetujui amatlah terang, misalnya, Taiwan."

Anggota-anggota negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), sesetengah daripadanya mempunyai pendapat berbeza mengenai China di Laut China Selatan, akan terus bekerjasama dengan AS dan China semasa Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Khas, kata Dr Ng, sambil menarik perhatian bahawa mesyuarat seterusnya akan diadakan pada hujung tahun ini. 

ADMM Khas merupakan platform bagi ASEAN dan lapan rakannya - Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat - untuk memperkukuhkan keselamatan dan kerjasama pertahanan di rantau ini. 

"Ini harus dibincangkan dan ini akan mengambil masa. Ini adalah kenyataannya dan saya anggap bahawa tiada pengalaman atau keputusan yang muktamad," ujar Dr Ng. 

"Masalah itu sangat rumit. Maksud saya, perang antara AS dan Soviet Union berlarutan selama 50 tahun, jadi mengapa anda bertanggapan isu ini boleh dihuraikan dalam masa beberapa dekad?"

Sungguhpun demikian, Dr Ng menggesa "keputusan yang pantas" untuk mengadakan rundingan antara ASEAN dan China mengenai Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan, sambil menekankan bahawa dokumen itu mungkin penting untuk menghuraikan tuntutan terhadap perairan yang dipertikaikan itu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan