Hubungan AS-China, perang Ukraine bakal jadi tumpuan utama Dialog Shangri-La
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi tumpuan utama hujung minggu ini.
Ini sedang pemimpin pertahanan dari lebih 40 negara berada di Singapura bagi Dialog Shangri-La iaitu sidang puncak keselamatan utama rantau ini.
Edisi tahun ini juga bakal menyaksikan lebih ramai wakil dari Eropah berbanding tahun lalu.
Satu petanda baru hubungan semakin keruh antara dua kuasa dunia - China menolak permintaan AS untuk mengadakan pertemuan antara ketua pertahanan kedua-dua negara menjelang Dialog Shangri-La hujung minggu ini.

BACA:
Namun, seorang pengamat berkata masih menjadi tanda tanya sama ada pertemuan akan berlaku.
Paling tidak forum itu mungkin merintis jalan bagi diadakan dialog atau peluang untuk memajukan hubungan dua hala.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine juga dijangka mendominasi perbincangan buat dua tahun berturut-turut terutama sekali dengan konflik itu seakan tiada penghujungnya.
Kesan global disebabkan konflik itu termasuk jaminan bekalan makanan dan inflasi turut menjadi antara topik hangat dibincangkan.
Dalam pada itu, perbincangan turut tertumpu pada isu keselamatan baru seperti ancaman kegiatan siber dan teknologi seperti AI serta pertumbuhan pesat senjata nuklear.
Dengan Singapura lazimnya memainkan peranan sebagai pengantara di rantau ini, para pengamat berkata perhimpunan sedemikian amat penting dalam dunia pasca pandemik.
Acara tiga hari itu bermula pada Jumaat (2 Jun).

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.