Hubungan AS-China kunci keamanan & kestabilan Asia dan dunia, kata DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Mandel Ngan)
SINGAPURA: Hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China adalah kunci kepada keamanan dan kestabilan di Asia dan dunia.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong pada Isnin (14 Nov).
Berucap di Persidangan Perniagaan Jerman (APK) Asia Pasifik ke-17, Encik Wong menarik perhatian bahawa persaingan geopolitik, pertikaian dan kepercayaan strategik yang semakin merosot sedang membentuk semula dunia.
"Kunci utama kepada keamanan dan kestabilan di Asia dan dunia adalah hubungan antara AS-China. Kedua-dua kuasa itu mempunyai kepentingan di Asia," kata beliau.
"Kami boleh jangkakan lebih banyak persaingan yang sengit antara kedua-dua kuasa dalam tahun-tahun mendatang. Kami harap kedua-dua negara itu akan mencari jalan untuk wujud bersama. Ini supaya kami boleh membentuk persekitaran yang stabil dan inklusif di mana negara besar dan kecil boleh bersaing dan bekerjasama secara aman bersama-sama."
Canselor Jerman Olaf Scholz juga berucap semasa APK dalam lawatan rasmi pertamanya ke Singapura. Beliau juga akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa lawatannya.

Tidak seperti hubungan dengan Kesatuan Soviet sebelum ini, AS dan China secara ekonomi lebih bergantung antara satu sama lain, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.
"Namun, keterhubungan tersebut tidak menghalang hubungan dua hala kedua negara itu daripada menjadi semakin memburuk. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan ketegangan yang memuncak semakin berbahaya," kata beliau.
Ini disebabkan hubungan yang saling bergantung dalam bidang-bidang strategik seperti teknologi penting boleh dijadikan faktor persaingan geopolitik, tambah beliau.
Sukar untuk menggambarkan bagaimana AS dan China akan mengasingkan ekonomi negara mereka. Pengasingan tertentu juga tidak mudah, kata beliau, sambil menambah bahawa ia akan memberi "kesan yang teruk" terhadap ekonomi sejagat.
"Bagi kami semua di Asia, semakin lama semakin kita juga harus berdepan dengan risiko konfrontasi, konflik atau lebih teruk, mungkin juga berlakunya peperangan di Asia," tambah beliau.
Semua perkembangan global akan memberi kesan kepada semua orang di seluruh dunia.
Ia termasuk negara seperti Singapura dan Jerman, yang merupakan ekonomi yang berteraskan ekonomi eksport yang berkembang maju berdasarkan prinsip perdagangan bebas dan perintah antarabangsa berasaskan peraturan, kata Encik Wong.
Pemimpin AS dan China akan memustuskan rundingan bagi hubungan dua hala itu, kata Encik Wong sambil menarik perhatian bahawa Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan pertemuan pertama secara empat mata di sidang puncak G20 di Bali pada Isnin (14 Nov).

BACA:
"Kami harap melalui pertemuan itu, dua-dua pihak akan lebih memahami satu sama lain dan membina hubungan yang lebih stabil," kata DPM Wong.
Meskipun hubungan AS-China sangat penting, ia tidak bermakna seluruh dunia tunggu dan lihat sahaja, tambah beliau.
"Kita juga ada agensi dan secara kolektif mempunyai keupayaan untuk membentuk pembangunan di rantau ini dan dunia. Kami sedang bergerak ke arah dunia yang berbilang polar, yang bercirikan kerencaman meluas dengan minat yang bertindih," kata Encik Wong.
Di Asia, India sedang pesat membangun dan bakal menjadi ekonomi ketiga terbesar di dunia menjelang 2030, tambah beliau.
"Dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN, tidak ada negara yang ingin memilih pihak sama ada China atau AS. Tidak ada kebaikannya untuk kita, jika negara-negara kita terpaksa memilih antara dua pihak yang tegar atau lebih teruk lagi, penghadang antara kedua-danya," kata Encik Wong.
Antara Kesatuan Eropah dengan ASEAN, terdapat banyak peluang baru untuk kerjasama termasuk dalam bidang kemampanan, kata Encik Wong sambil menambah bahawa perniagaan mesra alam sekitar di ASEAN akan berkembang dengan lebih pesat dalam tahun-tahun mendatang.
"Singapura akan memainkan peranan dengan menghubungkan ASEAN kepada dunia. Sebagai pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa, kami berfungsi sebagai laluan penting bagi orang ramai dan perniagaan," kata beliau.
"Yang paling penting adalah, hubungan erat antara Jerman dengan Singapura akan membantu memperkasa dan menghubungkan kedua-dua negara kami, EU dan ASEAN dengan lebih erat."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.