Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan China-Amerika dikhuatiri lebih tegang di bawah Trump: PM Wong

Perdana Menteri Lawrence Wong menyentuh mengenai beberapa perkembangan luar negara termasuk keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, dalam satu sidang media bersama media tempatan pada Jumaat (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyentuh mengenai beberapa perkembangan luar negara termasuk keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, dalam satu sidang media bersama media tempatan pada Jumaat (8 Nov).

Beliau prihatin akan kemungkinan ketegangan antara negara itu dengan China terus meruncing dengan kemenangan Donald Trump.

PM Wong turut berharap pentadbiran Encik Trump akan lebih terlibat dalam rantau Asia Tenggara terutama sekali dalam bidang perdagangan dan keselamatan.

"Kami mahu melihat lebih banyak urusan ekonomi Amerika di Asia Tenggara. Hingga sekarang, Amerika kekal sebagai sumber terbesar bagi pelaburan luar asing di Asia Tenggara, lebih daripada China.

"Namun perdagangan Amerika masih di belakang China dan saya rasa lebih banyak yang boleh dilakukan MNC (Perusahaan Berbilang Negara) dan kami alu-alukannya di Asia Tenggara dalam kedua-dua perdagangan dan pelaburan.

"Kami mahu memudahkan urusan itu kerana kami fikir ia baik untuk rantau ini," kata PM Wong.

Sejak Ogos lalu, PM Wong juga telah memperhebat usahanya memperkukuh jalinan dengan rakan-rakan kerja luar negara.

Pada hujung bulan ini, beliau akan ke Peru bagi menghadiri APEC dan ke Brazil untuk Sidang Puncak G20 sebelum ke Malaysia bagi Rahat Pemimpin.

"Apa yang saya lakukan juga penting dalam mengutamakan kepentingan teras negara, lebih-lebih lagi pada waktu di mana dunia dalam keadaan berubah-ubah.

"Hakikatnya, ia akan jadi dunia yang jauh lebih berbahaya. Kita telah saksikan dua perang di Eropah dan Timur Tengah.

"Ia mencerminkan keadaan dunia di mana norma yang ada sudah pudar, institusi berbilang hala kian lemah.

"Ini bermakna sekitaran yang kurang baik bagi negara-negara kecil seperti Singapura dan kerana itu, kita perlu bekerja lebih keras lagi untuk perkukuhkan rangkaian kita, bekerjasama dengan negara-negara yang berkongsi pemikiran yang sama untuk bentuk norma dan undang-undang antarabangsa bagi mencari persefahaman dalam isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama," kata PM Wong.
Sumber : CNA/IZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan