Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan baik pihak majikan dengan pekerja hasil visi LKY: Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan baik pihak majikan dengan pekerja hasil visi LKY: Tan See Leng

(Gambar: Facebook/Patrick Tay)

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata, kerukunan hubungan antara pihak majikan dengan golongan pekerja di Singapura adalah hasil visi Encik Lee Kuan Yew.

Usaha mendiang turut menyumbang kepada model kerjasama tiga pihak yang kukuh.

Dr Tan berkata demikian semasa dialog memperingati usaha Encik Lee serta sempena genap 100 tahun sejak beliau dilahirkan.

Tambah Dr Tan, generasi seterusnya akan memainkan peranan utama dalam memastikan kerjasama tiga pihak kekal kukuh.

"Sedang kita mengimbas masa lampau, sambil memandang ke hadapan, saya berharap, kita semua akan terus memanfaatkan semangat kerjasama tiga pihak dan bekerjasama untuk menangani cabaran-cabaran yang tidak boleh dielakkan pada masa akan datang," kata Dr tan.

"Kita mesti terus mengukuhkan hubungan dan melabur dalam generasi pemimpin tiga pihak yang seterusnya," tambahnya.

Acara itu dianjurkan oleh 'Tripartite Collective' pada Rabu (6 Sep), adalah satu inisiatif merangkumi para pekerja, majikan dan pemerintah.

Dr Tan menghadiahkan pengerusinya sebuah lukisan yang menggambarkan ikatan rapat mendiang Encik Lee dengan wakil-wakil kesatuan.

Sementara itu, beberapa isu dibangkitkan semasa perbincangan panel.

Ia termasuk keharmonian industri dan bagaimana kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah boleh berganding bahu.
Sumber : CNA/FZ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan