Skip to main content

Singapura

Hubungan Amerika Latin-SG bantu mudahkan proses jalin rantaian bagi syarikat tempatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jul 2023 11:52PM Dikemas Kini : 29 Jul 2023 01:29AM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat tempatan kini boleh menjangkakan hubungan lebih baik bagi peluang-peluang untuk mengembangkan perniagaan di Amerika Latin.

Wadah hubungan Amerika Latin-Singapura itu akan membantu firma-firma memudahkan proses menjalin rangkaian.

Ia juga akan membantu mempermudahkan perbincangan dan pemadanan perniagaan.

Tumpuan wadah tersebut untuk masa sekarang adalah sektor-sektor perdagangan, penghasilan dan inovasi.

Perdagangan Singapura dengan Amerika Latin naik hampir seganda dari $18.5 billion pada 2019 kepada $33 billion tahun lalu.

Amerika Latin yang merangkumi negara-negara seperti Brazil dan Mexico mempunyai sejumlah lebih 600 juta penduduk.

Selain peluang-peluang pasaran baru, rantau itu juga membantu Singapura mempelbagaikan sumber pasaran makanannya dan meningkatkan kerjasama inovasi.

Di pelancaran wadah tersebut siang tadi, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata kedua-dua pihak sedang berusaha menyiapkan perjanjian perdagangan bebas yang baru.

Encik Tan menambah ia akan menghasilkan kejayaan ekonomi yang lebih baik.
Sumber : CNA/AA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita