HSA turunkan hampir 1,000 iklan produk kesihatan haram; lebih 80% adalah kanta lekap
Anggaran Waktu Membaca:
Iklan online kanta lekap tidak berdaftar. (Gambar: HSA)
SINGAPURA: Dalam satu operasi dua minggu membanteras produk kesihatan haram yang dijual di platform e-dagang dan media sosial tempatan, pihak berkuasa menurunkan 959 iklan jualan. Lebih 82 peratus daripada jumlah itu adalah bagi kanta lekap yang tidak berdaftar.
Antara iklan lain yang diturunkan termasuk krim kulit untuk jerawat dan ekzema yang memerlukan preskripsi doktor, ubat kuat, penyedut dan semburan hidung, serta mesin penumpu oksigen.
Lembaga Sains Kesihatan (HSA) pada Khamis (7 Mei) menyatakan bahawa pihaknya mengeluarkan amaran kepada 152 penjual. Lonjakan iklan kanta lekap haram online ini berlaku selepas jumlah iklan tersebut menurun pada tahun 2025.
Tahun lalu, kanta lekap hanya membentuk lapan peratus daripada jumlah iklan yang diturunkan, berbanding 24 peratus pada tahun 2024. HSA mengingatkan penjual bahawa adalah haram untuk menjual kanta lekap secara dalam talian, sambil merujuk kepada kes kecederaan mata yang serius akibat penggunaannya.
Kanta lekap dikategorikan sebagai alat perubatan yang mesti didaftarkan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan, prestasi, dan mutu. Para pengguna diwajibkan menjalani pemeriksaan mata dan ujian pemakaian kanta lekap oleh pakar optometri berdaftar.
Operasi penguatkuasaan yang berlangsung dari 10 Mac hingga 26 Mac ini merupakan sebahagian daripada latihan global yang diselaraskan oleh Interpol, melibatkan 90 buah negara.
UBAT HARAM & BAHAN SUNTIKAN KECANTIKAN
Selain menurunkan iklan online, HSA juga merampas 6,641 unit produk kesihatan haram di pusat pemeriksaan darat, udara, dan laut Singapura. Produk yang disasarkan termasuk ubat tidak berdaftar, ubat herba yang dicampur bahan terlarang, dan peralatan pembuatan farmaseutikal.

Sebanyak 88 peratus daripada produk yang dirampas di sempadan dikesan melalui perkhidmatan pos. Ubat preskripsi seperti ubat tahan sakit atau ubat penenang membentuk jumlah rampasan terbesar (36 peratus), diikuti oleh ubat anti-parasit seperti ivermectin (30 peratus) dan bahan penegang wajah (6 peratus).
HSA menarik perhatian kepada percubaan mengimport ivermectin untuk merawat diri sendiri ketika pandemik COVID-19. Pihak berkuasa menegaskan ivermectin bukan ubat antivirus dan tidak diluluskan untuk mencegah atau merawat COVID-19.
"Menggunakan ivermectin tanpa pengawasan doktor boleh membahayakan kesihatan," tambah HSA. Terdapat laporan pesakit di Singapura yang perlu dimasukkan ke hospital selepas mengambil ubat tersebut sendiri. Antara kesan sampingannya termasuk muntah, sawan, kejatuhan tekanan darah secara mendadak, ruam kulit yang teruk, dan kerosakan hati.
Dalam operasi yang sama, 110 kotak berisi picagari penegang wajah turut dirampas. Siasatan masih dijalankan, namun HSA memberi amaran bahawa bahan tersebut boleh menyebabkan bahaya besar jika tidak dirampas. Bahan penegang wajah hanya boleh diberikan oleh karyawan kesihatan berdaftar dalam keadaan yang ketat.
Produk kecantikan yang dijual dalam talian untuk disuntik sendiri mungkin tidak dihasilkan dengan betul dan berisiko mengandungi bahan berbahaya. Bahaya lain termasuk jangkitan kuman, parut, buta, angin ahmar, serta reaksi alahan yang mengancam nyawa.

HSA menasihati orang ramai agar berwaspada dengan produk yang dijual pada harga yang terlalu murah atau tuntutan kesihatan yang "terlalu mustahil untuk dipercayai".
"Kami menggesa orang ramai dan industri untuk terus menyalurkan maklumat mengenai produk kesihatan haram supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil," kata Ketua Pegawai Eksekutif HSA, Prof Madya Dr Raymond Chua.
Sesiapa yang didapati bersalah mengimport, mengeluarkan, atau membekalkan produk kesihatan haram boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga S$100,000.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.