Skip to main content

Singapura

HSA tingkat usaha pikat syarikat, perkukuh rangka kerja kawal selia sains bioperubatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Mar 2026 06:27PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 09:52PM
  • Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura memanfaatkan pengiktirafan WHO untuk menarik firma bioperubatan dan memperkukuh reputasi kawal selia.
  • Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menekankan kepentingan langkah ini dalam menghadapi kemajuan AI dan diagnostik masa depan.
  • HSA mengemas kini rangka kerja kawal selia serta melancarkan garis panduan AI bersama Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan klinikal.
  • Forum antarabangsa dan kerjasama dengan syarikat teknologi kesihatan seperti Mesh Bio dijangka memupuk kepercayaan dan meningkatkan hasil rawatan pesakit.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) akan memanfaatkan statusnya sebagai pengawal selia terkemuka dunia untuk mendorong pertumbuhan ekonomi bagi sektor sains bioperubatan Singapura.

Sebagai badan kebangsaan pertama meraih pengiktirafan tertinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengawal selia peranti perubatan, HSA boleh menarik lebih banyak firma untuk mendapat pengiktirafan bagi hasil inovasi masing-masing.

Berucap di sebuah forum industri pada Selasa (10 Mac), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata langkah HSA itu penting, dengan berkembangnya AI dan diagnostik generasi masa depan.

"Saya gembira melihat HSA bersiap sedia untuk merebut peluang ini. Ia mampu melakukannya, hasil usaha yang baik selama bertahun-tahun yang membantu membina kecekapan dan reputasinya.

"Ini membawa manfaat ekonomi kepada Singapura dan pada masa yang sama, mengukuhkan lagi sumbangan HSA kepada jagaan kesihatan untuk penduduk kita serta kepada rangka kerja kawal selia global," kata Encik Ong.

Encik Ong akur bahawa HSA mampu mendapatkan akses pasaran ke rantau lain dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengawal selia utama.

Dalam pada itu, HSA mengumumkan pihaknya akan mengemas kini rangka kerja agar selaras dengan kemajuan dalam teknologi perubatan.

Lantas, ia melancarkan garis panduan AI yang dikemas kini bersama Kementerian Kesihatan untuk membantu institusi membina huraian yang selamat dari segi klinikal.

"Kami maklum bahawa pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia juga sedang meningkatkan teknologi AI, dan kami percaya Forum Pengawal Selia (bagi) Peranti Perubatan Antarabangsa akan menjadi platform yang baik untuk para pengawal selia bertukar-tukar amalan terbaik dan berkongsi alat inovatif antara satu sama lain," kata CEO HSA, Adjung Profesor Raymond Chua.

"Ia menjelaskan pelan hala tuju serta bukti yang perlu diikuti oleh syarikat teknologi kesihatan dan teknologi perubatan yang baharu - demi memupuk kepercayaan, keselamatan, dan akhirnya membina serta memasarkan produk berguna yang boleh beri manfaat kepada pesakit dan meningkatkan hasil rawatan mereka," kata Pengasas Bersama & CEO Mesh Bio, Dr Andrew Wu.
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita