Skip to main content

Singapura

HSA rampas vape bernilai S$200,000

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas alat merokok elektronik vape dengan nilai lebih S$200,000 yang bertujuan untuk dijual pada 28 Feb dan 1 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
HSA rampas vape bernilai S$200,000

(Gambar: HSA)

Diterbitkan : 24 Mar 2025 01:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2025 01:05PM
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas alat merokok elektronik vape dengan nilai lebih S$200,000 yang bertujuan untuk dijual pada 28 Feb dan 1 Mac.

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (24 Mac), HSA dan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata bahawa dua kes tersebut melibatkan rampasan hampir 10,000 rokok elektronik.

Vape telah diharamkan di Singapura sejak 1 Februari 2018.
Alat merokok elektronik dirampas pada 28 Februari 2025. (Gambar: HSA)
Alat merokok elektronik dirampas pada 28 Februari 2025. (Gambar: HSA)
Alat merokok elektronik dirampas pada 28 Februari 2025. (Gambar: HSA)
Dalam kes pertama pada 28 Feb, HSA telah menyiasat satu penghantaran alat vape yang ditemui di sebuah gudang di Sungei Kadut.

Ia menemui 25 karton yang mengandungi kira-kira 5,000 alat vape bernilai sekitar S$110,000.

Pada hari yang sama, HSA menangkap dua lelaki, berusia 32 dan 31 tahun, yang datang untuk mengambil bekalan vape tersebut. Kedua-dua lelaki itu sedang membantu siasatan.

Dalam kes kedua pada 1 Mac, pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas menemui sekitar 4,800 vape yang disembunyikan dalam kargo sebuah lori yang memasuki Singapura.

Bekalan vape itu bernilai sekitar S$105,000.

Kes itu dirujuk kepada HSA dan pemandu lori tersebut, seorang lelaki berusia 24 tahun, sedang membantu siasatan HSA.

Dalam kenyataan bersama itu, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai bahawa adalah satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual vape serta komponennya.

Sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga S$10,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, untuk kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berikutnya, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga S$20,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita