HSA rampas vape bernilai lebih S$1.1 juta; rampasan terbesar sejak Sep 2025
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Vape dan komponen berkaitan bernilai lebih S$1.1 juta dirampas oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam operasi baru-baru ini, sekali gus menandakan rampasan terbesarnya dalam tempoh lebih lima bulan.
Seorang lelaki ditangkap semasa serbuan pada 24 Februari di sebuah gudang di Mandai, di mana hampir 67,000 vape dan komponen berkaitan dirampas.
“HSA menjalankan operasi terhadap penghantaran haram vape dan menangkap seorang lelaki berusia 29 tahun berdasarkan risikan yang diterima,” katanya dalam kenyataan medianya pada Jumaat (13 Mac).
Siasatan susulan mendedahkan bahawa suspek bertanggungjawab ke atas sebuah gudang komersial di Mandai, yang menempatkan sejumlah besar vape, yang disimpan untuk diedarkan di Singapura.
Lelaki terbabit ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pengimportan vape dan komponen berkaitan, dan siasatan sedang dijalankan.
Mulai 1 Mei, pengimport dan pembekal produk terlarang di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Vape (TVCA) akan berdepan hukuman baharu dan hukuman yang dipertingkat. Akta itu diluluskan sebulat suara di parlimen pada 6 Mac.
Pesalah kali pertama kini berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum S$10,000.
Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan, denda maksimum S$20,000 atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua atau berikutnya.
Apabila hukuman yang lebih berat berkuat kuasa, pengimport akan menghadapi hukuman penjara mandatori sehingga sembilan tahun dan denda sehingga S$300,000, manakala pembekal akan berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda sehingga S$200,000, kata HSA.
Pemilik gudang dan unit penyimpanan juga akan memikul tanggungjawab yang lebih besar jika produk terlarang tersebut ditemui di premis mereka.
Di bawah Akta tersebut, pemilik dan penghuni tanah, bangunan dan tempat mesti berhati-hati untuk mencegah produk terlarang, seperti vape, daripada disimpan di premis mereka.
Ini mungkin melibatkan usaha menjalankan pengesahan penyewa, klausa perjanjian penyewaan yang jelas mengenai aktiviti terlarang, dan pemeriksaan mengejut, kata HSA.
Mereka yang membenarkan penyimpanan produk terlarang atau komponennya tanpa mengambil perhatian sewajarnya akan menghadapi denda sehingga S$100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama mereka.
Mereka berdepan denda sehingga S$200,000, penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua mereka.
Menteri Negara Kanan Kesihatan Koh Poh Koon kemudian menarik perhatian bahawa HSA mendedahkan beberapa kes operasi vape haram di gudang dan unit penyimpanan, termasuk kes di mana vape dan komponen mempunyai nilai lebih S$5 juta dalam nilai jalanan.
Penguatkuasaan terhadap penyeludupan vape di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura sudah dipertingkatkan tahun lalu di tengah-tengah tindakan tegas yang lebih meluas.
Hukuman yang lebih berat untuk kesalahan berkaitan vape juga berkuat kuasa September lalu, dengan etomidate - agen anestetik yang terdapat dalam vape yang dicampur dadah, yang dikenali sebagai Kpod - disenaraikan sebagai dadah Kelas C dalam Akta Penyalahgunaan Dadah.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.