Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA padam lebih 3,000 senarai produk kesihatan haram di wadah online

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memadam 3,336 senarai produk kesihatan haram dan mengeluarkan 1,471 amaran kepada penjual di platform e-dagang dan media sosial tempatan dari 23 September hingga 23 Oktober 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
HSA padam lebih 3,000 senarai produk kesihatan haram di wadah online

(Gambar: HSA)

Diterbitkan : 27 Nov 2024 12:04PM Dikemas Kini : 27 Nov 2024 12:18PM
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memadam 3,336 senarai produk kesihatan haram dan mengeluarkan 1,471 amaran kepada penjual di platform e-dagang dan media sosial tempatan dari 23 September hingga 23 Oktober 2024.

Dalam kenyataannya pada Rabu (27 Nov), HSA menyatakan tindakan itu dilakukan dalam operasi besar-besaran yang pertama bersama-sama dengan pentadbir wadah-wadah online.

HSA juga sedang menyiasat pesalah berulang yang menjual produk kesihatan haram.

Menurut HSA, operasi itu menunjukkan komitmennya untuk melindungi pengguna daripada produk tiruan atau tidak memenuhi piawai yang ditetapkan.

Lapan platform yang mengambil bahagian dalam operasi itu ialah Amazon Singapore, Carousell, Ebay Singapore, Facebook, Lazada, Qoo10, Shopee dan Tiktok.

Sebahagian besar barangan yang dipadam daripada senarai itu adalah produk kecantikan yang membentuk 48 peratus keseluruhan penyenaraian.

Ia termasuk kit suntikan kecantikan, toksin Botulinum, jahitan, suntikan plasenta, dan produk kulit yang dipasarkan untuk menegangkan wajah, memutihkan kulit, dan merawat keadaan seperti jerawat dan ekzema.

Baki penyenaraian yang diturunkan termasuk produk cegah kehamilan (11%), antibiotik atau antikulat atau antivirus (10%), kanta lekap (7%), perangsang seksual dan produk kecergasan lelaki (5%), produk keguguran rambut (3%) dan analgesik untuk melegakan kesakitan (3%).

Produk tersebut sama ada tidak berdaftar, tiruan atau mengandungi bahan ramuan perubatan atau bahan terlarang.

Pengguna dinasihatkan bahawa produk itu dijual dalam wadah online belum dinilai oleh HSA untuk keselamatan,mutu dan keberkesanan. Khususnya, produk kecantikan seperti kit suntikan kecantikan atau suntikan toksin Botulinum adalah
produk kesihatan yang memerlukan kelulusan HSA sebelum ia boleh dibekalkan dan sepatutnya ditadbir oleh pengamal perubatan bertauliah.

HSA dan pentadbir platform e-dagang dan media sosial akan secara proaktif terus menghapuskan mengalih keluar penyenaraian produk kesihatan haram.

“Operasi ini merupakan satu peristiwa penting dalam usaha berterusan HSA untuk membanteras penjualan dan pembekalan produk kesihatan haram di wadah online. Dengan berganding bahu dengan pentadbir platform e-dagang dan media sosial, kami berhasrat untuk menghantar mesej jelas bahawa kami bertekad untuk mengekang penjualan produk-produk sedemikian," kata Cik Annie Tan, Pengarah Cawangan Penguatkuasaan, Kumpulan Pengawalselia Produk Kesihatan, HSA.

HSA menggesa orang ramai melaporkan sebarang penjualan produk kesihatan haram.

Penjual yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya. Pesalah berulang boleh dijatuhkan hukuman lebih berat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penjualan produk kesihatan haram boleh menghubungi cawangan penguatkuasaan HSA di 6866-3485 atau e-mel hsa_is [at] hsa.gov.sg
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan