HSA lantik CEO baharu mulai Dis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MOH, HSA)
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mulai 13 Disember, apabila Profesor Madya Adjung Raymond Chua Swee Boon mula bertugas.
Profesor Madya Adjung Chua dilantik CEO HSA pada Khamis (12 Sep).
Beliau akan mengambil alih Dr Mimi Choong May Ling, yang akan bersara dari sektor khidmat awam pada 13 Disember, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dan HSA dalam kenyataan media bersama pada Khamis.
Profesor Madya Adjung Chua kini merupakan Timbalan Pengarah Umum Kesihatan (Peraturan Kesihatan) di MOH. Beliau menyelia peraturan khidmat dan maklumat kesihatan di Singapura.
Beliau akan teruskan tugasnya di MOH selain peranannya sebagai CEO HSA "untuk menyepadukan operasi peraturan dan penguatkuasaan merentas khidmat, maklumat dan produk penjagaan kesihatan, tambah MOH dan HSA.
Profesor Madya Adjung Chua sudah memimpin pelbagai inisiatif peraturan di MOH, termasuk peruntukan enakmen dan pelaksanaan Akta Penyelidikan Bioperubatan Manusia dan Akta Perkhidmatan Jagaan Kesihatan.
MOH dan HSA menarik perhatian bahawa Dr Choong dilantik sebagai ketua eksekutif HSA pada 1 Julai 2014.
Di bawah kepimpinannya, HSA menjadi salah satu daripada tiga pengawal selia meraih status Pihak Berkuasa Disenaraikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi sistem pengaturan ubatnya.
Semasa pandemik COVID-19, Dr Choong juga mengetuai usaha tindak balas menyeluruh HSA, yang penting bagi Singapura mengawal krisis tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.