Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA kesan bahan perubatan kuat pada produk kopi ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai diberi amaran terhadap membeli atau mengambil satu produk kopi, dikatakan mengandungi ramuan herba yang menaikkan syahwat untuk lelaki.

Nasihat daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Khamis (26 Mei) dikeluarkan selepas pihaknya menerima maklum balas mengenai dua kes kesan sampingan selepas para individu mengambil produk Prime Kopi Pejuang 3 dalam 1.

Minuman paket itu dipasarkan secara online sebagai produk semula jadi yang mengandungi "ramuan herba bermutu tinggi".

"HSA kemudian melalukan ujian ke atas produk kopi itu dan mendapati bahawa, bercanggah dengan tuntutan-tunutan iklan, ia bukan produk semula jadi dan mengandungi kepekatan tinggi bahan perubatan kuat sintetik yang tidak diisytiharkan, iaitu tadalafil," tambah HSA.

Tadalafil adalat ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan seharusnnya diberikan hanya di bawah pengawasan perubatan, tambah penguasa itu.

SEORANG PENGGUNA DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Seorang pengguna dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital selepas beliau mengalami kesan sampingan seperti sakit badan menggigil, sakit kepala (migrain) dan kekejangan di sekitar rahang, menurut HSA.

HSA menyatakan pengguna yang mengambil produk mengikut arahan penggunaan seperti yang tertera pada label, iaitu satu paket setiap hari, berkemungkinan sudah mengambil terlebih dos 10 kali lebih banyak daripada dos Tadalafil yang ditetapkan.

"Penggunaan tadalafil secara salah boleh membahayakan dan meningkatkan risiko mengalami kesan sampingan teruk termasuk serangan jantung, angin ahmar, rasa berdebar-debar, kadar degupan jantung tidak stabil dan priapisme (membangkitkan nafsu syahwat pada kelamin yang menyakitkan dan terlalu lama).

Taladafil juga boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada individu tertentu, termasuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.

Ia berpotensi menyebabkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa dalam kalangan pengguna yang mengambil ubat-ubatan jantung, khususnya yang mengandungi nitrat.

Prime Kopi Pejuang 3 dalam 1 dijual di wadah e-dagang seperti Shopee, Lazada, Qoo10 dan Carousell serta juga Facebook.

HSA sudahpun bekerjasama dengan pentadbir wadah-wadah tersebut untuk memadamkan penyenaraian produk berkenaan dan mengeluarkan amaran kepada para penjualnya.

Penjual serta pembekal produk itu boleh dikenakan pendakwaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda tidak melebihi S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang penjualan dan pembekalan produk haram itu boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di talian 6866 3485 semasa waktu pejabat atau mengirimkan emel kepadanya.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan