Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA dianugerahi pengiktirafan tertinggi WHO atas sistem kawal selia ubat lanjutan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dianugerahi pengiktirafan tertinggi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi sistem kawal selia ubat-ubatannya yang maju dan serba canggih.

HSA adalah penguasa kawal selia peringkat negara yang pertama untuk mencapai Tahap Kematangan 4 (ML4) dan Singapura merupakan negara anggota WHO yang pertama dikurniakan pengiktirafan itu, dedah HSA dalam kenyataan medianya pada Isnin (28 Feb).

Ini adalah tahap pencapaian tertinggi untuk sesebuah sistem kawal selia yang memenuhi piawaia mutu tertinggi yang ditetapkan oleh WHO bagi anugerah tersebut.

Pencapaian ini dikecapi menyusuli penilaian yang "tegas dan menyeluruh" yang dijalankan dari 25 Oktober hingga 5 November 2021 oleh pasukan seramai 15 penilai antarabangsa dan empat pegawai WHO yang menggunakan Peralatan Penanda Aras Global WHO, menurut HSA.

Ia terdiri daripada 251 penunjuk yang meliputi bidang-bidang seperti ujian klinikal, pemantauan keselamatan pasca pasaran dan ujian makmal ubat-ubatan.

Status itu mengenal pasti HSA sebagai pihak berkuasa yang beroperasi di peringkat "prestasi dan penambahbaikan yang berterusan", menurut agensi tersebut.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu "pencapaian luar biasa" buat HSA.

"Ini bermakna HSA sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu pengawal selia yang paling diyakini bagi ubat-ubatannya. Pencapaian ini akan menyumbang kepada hasil kesihatan awam di Singapura, rantau ini dan seterusnya," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan