Skip to main content

Singapura

HSA bongkar kes pengeluaran ubat perangsang seks secara haram di Beo Crescent

Anggaran Waktu Membaca:
HSA bongkar kes pengeluaran ubat perangsang seks secara haram di Beo Crescent

Produk kesihatan dan vape yang dirampas dari unit HDB di Beo Crescent pada 21 Mac, 2025. (Gambar fail: HSA)

Diterbitkan : 21 Apr 2025 03:26PM Dikemas Kini : 21 Apr 2025 03:27PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun sedang membantu dalam siasatan berhubung pengilangan dan pembekalan dadah perangsang seks yang disyaki haram serta penjualan vape, menyusuli serbuan oleh Agensi Sains Kesihatan (HSA).

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, HSA menyatakan pada Isnin (21 Apr) ia adalah kes pertama melibatkan pengilangan ubat perangsang seks secara haram.

HSA menambah dalam satu kenyataan media bahawa ia menjalankan serbuan di sebuah flat HDB di Beo Crescent pada 21 Mac lalu selepas mendapat maklumat bahawa penghuni flat tersebut dipercayai terbabit dalam pengilangan dan penyimpanan produk-produk kesihatan secara haram dalam unit berkenaan.

Lebih 18,000 unit ubat perangsang seks dan suplemen, serta beberapa peralatan dan perkakas berkaitan dirampas, serta 30 alat pengewap elektronik dan komponennya.

Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan mempunyai nilai jalanan sekitar S$51,000, menurut HSA.

"Sejauh ini, HSA belum lagi mengesan sebarang penjualan produk-produk perangsang seks yang dihasilkan secara haram dalam talian," menurut HSA.

HSA menambah platform media sosial dan e-dagang tempatan telah dimaklumkan supaya melaksanakan langkah-langkah bagi mengelak penjualan produk-produk sedemikian yang dihasilkan secara haram.
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita