Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA beri kebenaran sementara kegunaan vaksin COVID-19 keluaran Novavax di Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2022 12:33PM Dikemas Kini : 14 Feb 2022 10:33PM

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi kebenaran sementara untuk vaksin COVID-19 Nuvaxovid, keluaran Novavax digunakan di Singapura, umumnya  pada Isnin (14 Feb). 

Vaksin itu akan dibenarkan untuk digunakan pada  individu berusia 18 tahun dan ke atas pada 3 Februari. 

Vaksin itu perlu diberikan dua dos 5 gram mikro, selang tiga minggu antara dos pertama dan kedua. 

Bekalan pertama vaksin tersebut "dijangka tiba di Singapura dalam masa beberapa bulan akan datang", menurut HSA. 

Kelulusan itu diberikan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).

"HSA sudah meneliti dan mendapati vaksin Nuvaxovid menepati tahap mutu, keselamatan dan keberkesanan, dan manfaat vaksin itu melebihi risiko buat penduduk Singapura," tambah HSA. 

"Dua kumpulan pakar dari Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan juga Panel Pakar Penyakit Berjangkit juga dirujuk dan bersetuju dengan saranan HSA bagi kebenaran di bawah PSAR." 

Semakan klinikal HSA berdasarkan dua kajian klinikal Fasa 3 yang dikendalikan di Amerika Syarikat, Mexico dan United Kingdom, merangkumi lebih 40,000 peserta ujian klinikal berusia antara 18 hingga 95 tahun, menurut HSA lagi. 

"Hasil ujian menunjukkan Nuvaxovid mempunyai kadar keberkesanan sekitar 90 peratus terhadap gejala COVID-19 dan 100 peratus dalam mencegah penyakit COVID-19 menjadi teruk," tambah HSA. 

"Ia menunjukkan keberkesanan konsisten melawan  varian Alpha, namun tiada data mengenai kesannya terhadap varian Delta dan Omicron, kerana dua varian itu belum tersebar ketika ujian klinikal Novavax dilakukan." 

Berdasarkan ujian daripada ujian klinikal setakat ini, profil keselamatan Nuvaxovid "secara amnya sama dengan vaksin lain yang didaftarkan di Singapura", kata HSA lagi.

Beberapa kesan sampingan biasa daripada vaksin itu adalah rasa sakit di tempat yang disuntik dan/atau rasa letih, sakit kepala dan sakit otot. 

"Kesan-kesan sampingan ini adalah tindak balas biasa yang selalunya dikaitkan dengan vaksinasi dan akan pulih sendiri dalam masa beberapa hari," menurut HSA. 

Seperti vaksin-vaksin yang lain, akan ada segelintir penduduk yang akan mengalami alahan teruk selepas disuntik, termasuk mereka yang mempunyai sejarah anafilaksis, kata HSA. 

"Jika ia berlaku, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan. Individu yang mengalami anafilaksis selepas dos pertama vaksin Nuvaxovid tidak boleh diberikan dos kedua," tambah pihak penguasa itu. 

"Data keselamatan dan keberkesanan vaksin terhahadap individu yang mempunyai daya imun yang lemah dan mereka yang di bawah usia 18 tahun belum lagi ada. Lantaran itu, tiada saranan dikeluarkan untuk penggunaan vaksin bagi individu-individu tersebut."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan