HSA beri amaran produk herba kandungi bahan terlarang
Anggaran Waktu Membaca:
- Orang ramai dinasihatkan supaya jangan membeli atau menggunakan produk 'HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi' yang dijual online, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataannya pada Rabu (19 Nov).
- Menurut HSA, produk itu mengandungi dua jenis ubat steroid kuat dan ubat penahan sakit bagi keradangan.
- Produk "HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi" dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional turun-temurun" yang dapat melegakan pelbagai kondisi perubatan termasuk sakit sendi dan gout.
- Semua penjual dan pembekal mesti berhenti menjual "HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi" dengan serta-merta.
SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya jangan membeli atau menggunakan produk 'HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi' yang dijual online, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataannya pada Rabu (19 Nov).
Menurut HSA, produk itu mengandungi dua jenis ubat steroid kuat dan ubat penahan sakit bagi keradangan.
HSA melakukan ujian terhadap produk itu selepas menerima maklum balas awam bahawa produk itu memberikan rasa lega daripada kesakitan, serupa dengan satu lagi produk yang HSA keluarkan amaran pada April lalu.

Sepanjang beberapa minggu lalu, HSA menerima laporan beberapa kes disyaki kesan sampingan serius berhubung dengan produk itu.
Ini termasuk kecederaan buah pinggang akut dan sindrom Cushing termasuk muka bentuk bulat atau "muka bulan".
Dua pesakit dimasukkan ke hospital pada November dan sudah pun dibenarkan pulang, menurut HSA.
Produk "HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi" dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional turun-temurun" yang dapat melegakan pelbagai kondisi perubatan termasuk sakit sendi dan gout.
Produk itu juga dipasarkan sebagai ubat "bebas steroid", sebuah "produk tulen" dengan "mutu premium" yang boleh memperdayakan pengguna bahawa produk itu adalah selamat, menurut HSA lagi.
"HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi" juga dijual di platform-platform e-dagang tempatan seperti Shopee, Carousell dan Lazada.
Menurut HSA, pihaknya sudah bekerjasama dengan pentadbir platform tersebut untuk menurunkan produk itu daripada platform masing-masing.
Semua penjual dan pembekal mesti berhenti menjual "HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi" dengan serta-merta.
"HSA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang menjual dan membekalkan produk yang diketahui mengandungi bahan-bahan sedemikian. Para penjual dan pembekal boleh didakwa dan dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga S$10,000 jika sabit kesalahan.
Orang awam yang ada maklumat mengenai penjualan dan pembekalan produk haram boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di talian 6866-3485 semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau emel: hsa_is@hsa.gov.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.