HSA beri amaran peptida suntikan haram dijual online untuk turunkan berat badan, bina otot
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila jurulatih peribadi Adrian Tan bertemu dengan pelanggannya untuk sesi kecergasan, kebanyakan mereka bertanya kepadanya tentang peptida dengan harapan untuk meraih kelebihan.
"Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pelanggan saya bertanya tentang peptida dan makanan tambahan ... Seringkali, ia hanya untuk membantu dengan penurunan lemak serta penambahan otot, dan tidak membuahkan hasil dalam rejim senaman," katanya kepada Mediacorp.
Pelanggan-pelanggan ini - yang umumnya berusia sekitar 30 tahun - mungkin juga bimbang tentang tahap hormon mereka yang menurun apabila mereka semakin tua, kata Encik Tan.
Peptida suntikan kian popular dalam kalangan ramai pempengaruh kesihatan, jurulatih dan penggemar di seluruh dunia yang berkongsi tentangnya secara meluas di media sosial.
Namun, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura memberi amaran terhadap penggunaan peptida untuk penurunan berat badan dan penambahan otot tanpa pengawasan perubatan - terutamanya produk yang tidak berdaftar.
Makluman ini dikeluarkan selepas Mediacorp mendedahkan pasaran gelap untuk kompaun sebegitu di platform media sosial seperti TikTok dan WhatsApp, di mana ia dipasarkan dan dijual secara terbuka.
Doktor-doktor berkata peptida mesti dipreskripsikan. Jika tidak, pengguna berisiko mengalami kesan sampingan hormon serta kerosakan pada organ dan metabolisme mereka.
APA ITU PEPTIDA?
Dari segi perubatan, peptida tertentu digunakan sebagai ubat preskripsi untuk merawat keadaan seperti kencing manis dan obesiti.
Peptida adalah rantaian pendek asid amino - blok pembinaan yang bergabung untuk membentuk protein dalam badan.
Peptida yang wujud secara semula jadi sudah ada dalam diri manusia, bertindak sebagai pembawa mesej kimia untuk memberitahu sel-sel apa yang perlu dilakukan.
Apabila diambil sebagai ubat, peptida berfungsi dengan melekat atau mengikat pada reseptor khusus pada sel, seperti kunci yang sesuai dengan mangga.
Setelah terikat, ia mencetuskan tindak balas biologi dengan cara yang disasarkan.
Bergantung pada jenis yang digunakan, ini boleh menyebabkan peningkatan pelepasan hormon, pembaikan tisu atau perubahan dalam metabolisme.
Sesetengah penggemar kecergasan sudah pun bereksperimentasi dengannya untuk meningkatkan latihan, mempercepatkan pemulihan atau bahkan meningkatkan jangka hayat - penggunaan yang mungkin tidak diluluskan secara perubatan.
RISIKO
Di ruangan online, peptida suntikan sering digambarkan sebagai "pengubah keadaan" dalam usaha untuk menjadi lebih kurus dan berotot.
Ahli bina badan dan jurulatih kecergasan Danial Azman berkata beliau sudah melihat manfaatnya secara peribadi.
"Ia membantu dari segi pemulihan anda, jangka hayat anda, dan, sudah tentu, kesejahteraan anda. Jadi ia benar-benar memberi banyak manfaat - ini berdasarkan pengalaman saya," tambahnya.
Walaupun dakwaan sedemikian tersebar luas secara online, pakar mengingatkan bahawa sebilangan besar daripadanya kekurangan ujian saintifik serta bukti.
Pada masa yang sama, permintaan yang semakin meningkat kini mendorong pasaran dipenuhi dengan penjual yang tidak diberi kebenaran.
Mediacorp mendapati bahawa untuk mendapatkan produk-produk itu tidaklah sukar.
Di TikTok, beberapa peptida suntikan disenaraikan dengan harga serendah S$80 setiap vial - dijual tanpa rundingan atau pengawasan perubatan.
Apabila dihubungi, beberapa penjual mencadangkan produk tertentu, termasuk bahan yang dilarang.
Mereka mendakwa bekalan mereka datang dari Malaysia dan China.

Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, HSA - yang mengawal selia produk kesihatan di Singapura - berkata peptida-peptida tersebut tidak berdaftar di Singapura dan adalah menyalahi undang-undang untuk dijual.
"HSA telah bekerjasama rapat dan pantas dengan pelbagai platform online untuk mengeluarkan senarai yang tidak mematuhi peraturan bagi sebarang suntikan peptida yang tidak berdaftar, termasuk yang ditandakan oleh CNA," tambah jurucakap HSA.
Pada 2024, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen bahawa 82 penyenaraian yang tidak mematuhi peraturan bagi ubat-ubatan agonis reseptor Glucagon-like peptide-1 (GLP-1) sudah dikeluarkan dari platform e-dagang.
Selain itu, sejak 2022, HSA menyiasat 16 kes penjualan tanpa kebenaran atau iklan haram ubat-ubatan GLP-1, kata Encik Ong.
Ubat GLP-1, yang digunakan untuk merawat kencing manis jenis 2 dan obesiti, hanya boleh dipreskripsikan oleh pengamal perubatan berdaftar atau farmasi runcit berlesen kepada pesakit dengan preskripsi yang sah. Ia tidak boleh diiklankan atau dijual di platform online tempatan.
Ubat GLP-1 yang biasa ditawarkan ialah Saxendra - ubat suntikan harian yang memberikan suntikan menerusi pen.

PEMANTAUAN PROFESIONAL DIPERLUKAN
Para doktor menekankan bahawa peptida hanya boleh dipreskripsikan dan dipantau oleh karyawan perubatan yang berkelayakan.
Dr Khoo Chin Meng, ketua endokrinologi di Hospital Universiti Nasional (NUH), berkata membeli produk sedemikian secara online membawa risiko yang besar.
"Anda tidak benar-benar tahu sama ada produk yang anda beli sebenarnya mempunyai ketulenan yang mencukupi," katanya.
"Siapa yang akan memantau sama ada apabila anda mengambil produk tersebut, anda mendapat manfaat daripadanya? Siapa yang akan memantau sama ada anda mengalami kesan sampingan produk tersebut?"
Jika digunakan secara tidak wajar, peptida boleh mengganggu keseimbangan hormon dan metabolik.
Risiko yang mungkin berlaku termasuk kesan sampingan yang tidak diingini, kerosakan organ dan akibat kesihatan jangka panjang yang belum difahami sepenuhnya.
Di gim jurulatih kesihatan Encik Danial, pelanggan yang menimbangkan peptida digalakkan untuk berunding dengan doktor sebelum membuat keputusan.
Rakan jurulatihnya, Encik Tan juga berkata beliau menasihati orang ramai supaya mencari pengamal perubatan yang sesuai dan berbincang dengan mereka tentang peptida.
Dr Hisham Badaruddin, ketua pegawai perubatan di TSquared Health, berkata sebahagian daripada pesakitnya adalah dari negara asing di mana akses kepada bahan-bahan sedemikian mungkin lebih mudah.
"Ramai pelanggan atau pesakit saya datang dari seluruh dunia, bukan hanya dari gim di Singapura. Sudah tentu, ada di antara mereka yang bereksperimen ... Mereka tinggal di Eropah atau Timur Tengah dan tempat lain, dan mereka mempunyai akses kepada benda-benda ini," katanya.
"Saya tidak akan dapat benar-benar menghentikan mereka, tetapi apa yang saya lakukan ialah, saya menasihati mereka sama ada ia sesuai, sama ada ia wajar untuk mereka berbuat demikian."
Beliau menambah bahawa kesan, serta kesan sampingan yang mungkin berlaku daripada peptida berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
Dengan beberapa peptida masih menjalani ujian klinikal, pakar berkata masih terlalu awal untuk menentukan keberkesanan atau keselamatan jangka panjangnya.
Orang ramai juga harus menurunkan berat badan atau menambah otot dengan cara "semula jadi" sebelum berfikir untuk beralih kepada peptida, kata Dr Hisham.
"Bagi peptida tertentu yang sudah dibenarkan di pasaran, jika anda berhenti menggunakannya, berat badan anda akan naik semula jika anda tidak mempunyai langkah-langkah gaya hidup asas, jadi mengapa tidak (betulkan itu) dahulu?" tambahnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.