HPL minta dagangan saham digantung jelang pendakwaan Ong Beng Seng berkait kes Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pengangkutan S Iswaran bersama Encik Ong Beng Seng (kanan) dan Stefano Domenicali (tengah). (Gambar: Facebook/S Iswaran)
SINGAPURA: Syarikat Hotel Properties Limited (HPL), syarikat yang dimiliki taikun Ong Beng Seng, meminta dagangan sahamnya digantung pada Jumaat pagi (4 Okt) menjelang pendakwaan hartawan tersebut di mahkamah.
Menurut notis Bursa Singapura, pada kira-kira pukul 7.45 pagi, HPL membuat permohonan itu kerana ia akan membuat satu pengumuman.
Pemilik hotel dan ketua GP Singapura itu diarah hadir di mahkamah pada 2.30 petang untuk dikenakan ruduhan berkaitan dengan kes mantan menteri pengangkutan S Iswaran.
Beliau dipercayai dikenakan tuduhan bersubahat di bawah Seksyen 165 melibatkan penjawat awam menerima barangan berharga, dan satu lagi kerana menghalang proses keadilan di bawah Seksyen 204A Kanun Keseksaan.
Rekod mahkamah juga menunjukkan taikun hartanah itu diikat jamin S$800,000.
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menangkap Encik Ong, seorang rakyat Malaysia yang berpangkalan di Singapura, bersama Iswaran pada Julai tahun lepas. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin dan tiada pendakwaan difailkan terhadapnya sebelum ini.
Encik Ong, 78 tahun, dikatakan memberi Iswaran pelbagai hadiah bernilai lebih S$380,000 dalam tempoh beberapa tahun semasa Iswaran menjadi menteri, termasuk tiket Grand Prix Formula 1 Singapura 2022, selain tiket penerbangan dan penginapan hotel di Doha.
Mereka diketahui mempunyai hubungan rapat sejak sekian lama.

Pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah itu mendakwa hadiah-hadiah tersebut diperolehi sebagai insentif kerana memajukan kepentingan perniagaan Encik Ong dalam kontrak dengan Lembaga Pelancongan Singapura bagi GP Singapura dan konsert maya ABBA Voyage.
Pertuduhan itu dipinda oleh pihak pendakwa kepada tuduhan lebih ringan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana memperolehi barangan bernilai daripada seseorang yang ada kaitan dengan dirinya dalam kapasiti rasmi.
Iswaran mengaku bersalah pada 24 September atas empat tuduhan di bawah Seksyen 165 dan satu tuduhan menghalang proses keadilan.
Mantan menteri itu dijatuhi hukuman penjara setahun pada 3 Oktober 2024.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.