HPB lancarkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi pekerja bebas jelang 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan melancarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi para pemandu kereta sewa privet, pekerja penghantar makanan serta golongan lain yang bekerja sendiri.
Program kesihatan dan kesejahteraan oleh HPB itu disasarkan kepada 20,000 pekerja sedemikian menjelang tahun 2024.
HPB sedang bekerjasama dengan syarikat kereta sewa privet seperti Grab serta syarikat penghantaran makanan seperti foodpanda serta Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri NTUC.
Ia bagi melancarkan program baru agar para pekerja 'gig' atau pekerja bebas boleh menjalani pemeriksaan kesihatan dan menghadiri bengkel kesejahteraan di premis atau pusat perkhidmatan mereka.
"Saya mula bekerja dengan Grab pada tahun 2019. Jadual harian saya, sekitar dalam pukul tujuh pagi lepas anak-anak saya pergi sekolah, sudah pergi kerja. Selepas itu saya akan mula memandu. Dalam pukul 12 begitu, saya akan berhenti untuk masak, kemudian menyiapkan makanan untuk anak-anak saya. Selepas waktu Zohor begitu, saya akan keluar semula dalam pukul 2. Kemudian saya akan teruskan memandu sehingga pukul enam atau tujuh. Itu jadual harian saya semasa saya membawa penumpang Grab," kata Cik Suriani Selamat, pemandu Grab.
Jumlah mereka yang bekerja sendiri di Singapura terus naik.
Dalam tahun 2019, ada 175,000 orang bekerja sendiri dan jumlah itu naik kepada 201,000 orang tahun lalu.
Bukan itu sahaja, sekitar 70% daripada pekerja ini juga berusia 40 tahun dan ke atas dan mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit kronik.
"Struktur pekerjaan mereka sangat tidak teratur, mereka mempunyai waktu kerja berbeza dan corak kerja yang berbeza. Terdapat beberapa masalah kesihatan yang sering berlaku di Singapura, di mana para pekerja gig mungkin mempunyai risiko ini. Misalnya, kencing manis, tekanan darah tinggi, jadi pemeriksaan mengesannya perlu dilakukan," kata Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan Kementerian Kesihatan.
"Bagi sesetengah pekerja hantaran, mungkin mereka mahu kami ke kawasan perumahan, pusat beli-belah di mana mereka mengambil dan menghantar makanan di kawasan-kawasan ini dan mencari masa yang sesuai untuk kami mendekati mereka dan juga melihat bagaimana kami dapat mendekati mereka dengan lebih baik.
"Sasaran 20,000 orang adalah jumlah yang mudah untuk kami mulakan (inisiatif ini), tapi saya berharap kami dapat meluaskannya, mewujudkan gerakan dan meningkatkan kesedaran di luar sana bagi mendapatkan lebih ramai untuk menjaga kesihatan sendiri," kata Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia.
Selain pemeriksaan dan bengkel, HPB akan menawarkan khidmat bimbingan kesihatan secara peribadi kepada para pekerja ini, termasuk petua pemakanan sihat.
Terdapat juga kegiatan secara maya.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.