HPB anjur bengkel 'Balik Kampung' tingkatkan kesedaran demensia vaskular
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Demensia vaskular bukan sebahagian daripada proses penuaan biasa.
Itulah mesej yang ingin disampaikan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) melalui bengkel 'Balik Kampung' anjurannya.
Demensia vaskular biasanya disebabkan oleh gangguan aliran darah ke otak kerana penyempitan atau saluran darah yang tersumbat sehingga menyebabkan kerosakan sel otak.
Ini boleh mengakibatkan masalah dengan perancangan, pertimbangan, ingatan dan proses pemikiran lain.
Seseorang boleh menghidap demensia vaskular selepas serangan angin ahmar yang ketara, tetapi tidak semua serangan angin ahmar menyebabkan demensia.
Edisi khas bengkel 'Balik Kampung' di Muzium Negara Singapura pada Jumaat ( 22 Sep) di sertai 20 warga emas daripada Pusat Kegiatan Sunlove Hougang.

Para peserta melakukan modul pertama 'Keep My Brain Active' di mana mereka melakukan permainan kognitif yang membantu mengaktifkan minda mereka.
Buat pertama kalinya, warga emas dapat menyertai pelbagai aktiviti yang mengimbau masa lalu seperti bermain permainan tradisional batu seremban dan bernyanyi dan berjoget kepada lagu-lagu 50 hingga 70an.

Salah seorang peserta 'Balik Kampung', Mariam Binte Fashehuddin, berkata: "Saya amat suka dengan bengkel ini, saya dapat mengimbau kembali masa lalu sewaktu di muzium ini dan diingati semula bahawa makanan-makanan yang digoreng, yang saya suka, tidak sihat dan saya patut kurangkannya."
Cik Mariam berkata beliau akan menggalakkan rakan-rakannya yang seusia menyertai bengkel itu.

Turut dikongsikan di bengkel itu adalah cara-cara warga emas dapat kekal cara mental dan fizikal, pemakanan sihat serta bagaimana mereka boleh untuk mengurangkan risiko mendapat Demensia vaskular.
Bengkel tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif SG Lebih Sihat yang memberi tumpuan kepada jagaan pencegahan dan juga usaha HPB untuk mendekati lebih ramai warga emas mengenai penuaan yang sihat.
Bengkel edisi khas 'Balik Kampung' menyasarkan untuk mendekati 280 warga emas daripada 14 Pusat Aktiviti Warga Emas.
Sebanyak lima sesi sudah diadakan bagi 150 warga emas sejak Julai lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.