Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HPB akan anjur lebih banyak kegiatan mingguan galak penduduk SG bersenam

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2023 07:06PM Dikemas Kini : 05 Feb 2023 08:37PM
SINGAPURA: Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB) akan menganjurkan lebih banyak kegiatan senaman mingguan bagi memastikan penduduk Singapura kekal sihat.

HPB menyatakan pada Ahad (5 Feb) bahawa kegiatan seperti zumba dan 'kickboxing' akan ditambah sebanyak lebih 50 peratus demi untuk dimanfaatkan hampir 50,000 peserta di serata negara.

Tujuan meningkatkan pelbagai kegiatan kecergasan ini adalah bagi membantu penduduk menjadi lebih sihat.

Ia juga bagi mencapai garis pandu kebangsaan iaitu 150 minit kegiatan fizikal yang sederhana hingga lincah, setiap minggu.

Cabaran Langkah Kebangsaan (NSC) juga diubah suai dengan menghapuskan ganjaran mata bagi kiraan melangkah yang tinggi.

Langkah ini ditetapkan bagi menggalakkan orang ramai untuk memilih senaman yang berbentuk lebih intensif seperti berjalan pantas.

Program latihan sedemikian bertujuan mengekalkan kecergasan serta menguatkan otot-otot berbeza, tulang dan sendi.

"Walaupun NSC sangat penting bagi menggalak warga untuk beralih kepada kehidupan lebih aktif, sama penting ialah terus melakukan peningkatan. Jika tidak, kita tidak akan meraih lebih banyak manfaatnya.

"Benar, jika anda rajin berjalan, ia dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis Jenis 2, sakit jantung dan sebagainya. Jika anda tambahkan lagi, secara beransur-ansur, anda akan meraih lebih banyak manfaat kesihatan," kata Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kesihatan & Kementerian Undang-undang.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan