Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HPB agih 9,000 pek makanan sihat Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 9,000 keluarga berpendapatan rendah di merata Singapura menerima barangan makanan yang lebih sihat dalam bulan Ramadan ini.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk menggalakkan keluarga-keluarga itu mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat, seperti mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam diet mereka.

40 keluarga penduduk Bukit Batok East menerima pek mereka daripada Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan, Rahayu Mahzam pada Sabtu (8 April).
Setiap pek antara lain mengandungi biskut, kacang dan air kotak dengan simbol pilihan lebih sihat.

Bilangan rakan masyarakat yang menjayakan usaha tahun ini meningkat daripada 42 kepada 57 pertubuhan.

Antaranya Persatuan Muhammadiyah, Dana Amanah TAA, Pertapis, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), dan masjid-masjid.

"Kita ingin menggalakkan orang ramai ada kesedaran tentang bahan-bahan yang lebih sihat, makanan yang lebih sihat. Selain daripada usaha memberi habuan yang lebih sihat, kita juga menggalakkan ikrar daripada orang ramai. Diharapkan dengan projek ikrar ini, kita dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan sesuatu yang lebih sihat agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sihat selepas Ramadan," kata Cik Rahayu.

Lebih 3,400 keluarga berpendapatan rendah di 20 lokasi sudah menerima pek tersebut sejak ia diagihkan pada 25 Mac 2023.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan