Skip to main content

Singapura

HP, SIM lancar kursus baru latih lebih 1,500 pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
HP, SIM lancar kursus baru latih lebih 1,500 pekerja

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2022 09:52PM
SINGAPURA: Syarikat HP dan Institut Pengurusan Singapura (SIM) bekerjasama untuk melancarkan kursus baru yang akan membawa manfaat kepada lebih 1,500 pekerja di sekitar 180 syarikat pengilangan.

Langkah itu bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja Singapura dalam bidang pengilangan mampan.

HP melaksanakan teknik pengilangan lanjut seperti teknik pencetakan 3D yang membantu HP menjimatkan sekitar 20 peratus kos pengilangannya.

Ia juga meningkatkan kadar produktiviti dan mutu sebanyak 70 peratus sekali gus mengurangkan sisa bahan.

Ia merupakan salah satu bentuk pengilangan mampan yang diamalkan syarikat tersebut, termasuk bekerja dengan agensi air Singapura.

HP juga bekerjasama dengan SIM untuk menyampaikan 15 kursus mulai September.

Ini termasuk kursus pengurusan jejak karbon hinggalah kursus rekaan produk mesra alam.

Kedua-dua pihak berharap dapat menyediakan bimbingan bagi sekitar 100 projek yang konsepnya sudah terbukti.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita