Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HP sahkan, kakitangannya maut dalam nahas bas Pusat Pemeriksaan Tuas

Seorang penumpang bas wanita berusia 35 tahun yang meninggal dunia dalam nahas bas dekat Pusat Pemeriksaan Tuas pada Selasa (26 Feb) ialah seorang kakitangan HP.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Feb 2019 01:57PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 01:05AM

SINGAPURA: Seorang penumpang bas wanita berusia 35 tahun yang meninggal dunia dalam nahas bas dekat Pusat Pemeriksaan Tuas pada Selasa (26 Feb) ialah seorang kakitangan HP.

Berita itu disahkan oleh syarikat HP hari ini (27 Feb). Wanita itu maut selepas bas yang dinaikinya dari Malaysia ke Singapura merempuh palang dekat pusat pemeriksaan berkenaan.

Lagi 16 yang lain cedera dalam kemalangan tersebut. Mereka termasuk kakitangan HP.

"Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengesahkan bahawa seorang kakitangan HP meninggal dunia semalam dalam satu kemalangan jalan raya," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

"Kebanyakan kakitangan lain yang memerlukan rawatan perubatan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah. Tumpuan kami sekarang ialah untuk menyokong kakitangan dan keluarga mereka dalam masa-masa sukar ini."

"Keselamatan semua kakitangan kami adalah keutamaan HP, dan kami juga akan terus bekerjasama dengan syarikat penyedia pengangkutan bagi memastikan keselamatan kenderaan."

Mangsa merupakan salah seorang daripada dua wanita yang ditemui di bawah jejambat dekat Pusat Pemeriksaan Tuas, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam (26 Feb).

SCDF menyatakan pemandu bas itu terperangkap di tempat duduknya dan terpaksa diselamatkan dengan menggunakan perkakas hidraulik.

Pemandu bas berusia 59 tahun itu kemudiannya diberkas kerana menyebabkan kematian akibat tindakan cuai, menurut polis.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan