Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hougang Ave 8, jalan susur Punggol Way dilanda banjir

Banjir kilat melanda dua kawasan di Singapura dengan lagi beberapa tempat turut berdepan risiko dinaiki air.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Banjir kilat melanda dua kawasan di Singapura dengan lagi beberapa tempat turut berdepan risiko dinaiki air.

Agensi air negara, PUB melaporkan tentang banjir kilat yang berlaku di Hougang Avenue 8 dan di jalan susur Punggol Way pada 10.13 pagi dalam satu catatan di Facebook pagi ini (30 Ogos) menyusuli hujan lebat.

Para pegawai sudahpun dikerahkan ke tempat-tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan, tambah PUB.

Dalam satu catatan Facebook berasingan, agensi air berkenaan memberi amaran tentang risiko banjir di beberapa kawasan lain di merata Singapura, di mana paras air di longkang dan terusan mencecah 90 peratus.

Kawasan-kawasannya adalah seperti berikut:

• Siang Kuang Avenue (Unit 35)
• Balestier Road / Thomson Road
• Puay Hee Avenue / Siak Kew Avenue
• Sime Darby Centre
• Upper Paya Lebar Road
• Sungei Tongkang (Yio Chu Kang Road)
• Happy Avenue North (Lamp Post 11)

PUB turut menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menghala ke kawasan-kawasan berkenaan.

Awal dari itu, pada pukul 9.45 pagi, agensi tersebut memuat naik ramalan hujan lebat di merata Singapura dijangka berterusan antara pukul 10.05 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Banjir kilat di Hougang dan Punggol way adalah insiden ketiga dilaporkan berlaku di Singapura sepanjang bulan Ogos ini.

Pada 20 Ogos lalu pula, lima mangsa daripada kenderaan-kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat berdekatan Ikea Tampines diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Empat hari kemudian, kawasan Dunearn Road dari Sime Darby Centre hingga ke Binjai Park dilanda banjir kilat pada pukul 10.08 pagi sebelum surut sekitar pukul 10.50 pagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan