Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hotel SG terima lebih banyak pertanyaan susuli pembukaan semula China, namun tempahan rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel SG terima lebih banyak pertanyaan susuli pembukaan semula China, namun tempahan rendah

Kawasan Orchard Road. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Hotel-hotel di Singapura melaporkan lebih banyak pertanyaan dari para pengunjung China tentang bilik hotel, melebihi paras sebelum pandemik.

Namun jumlah tempahan sebenar masih lembab, kerana ramai pelancong China mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat komitmen.

Dengan pembukaan semula sempadan China, pihak hotel tempatan berharap lebih banyak bilik yang kini kosong, bakal dipenuhi para tetamu.

Namun, sebahagian pelancong China masih teragak-agak untuk menempah pakej perjalanan.

Menurut Encik Steven Zhao, pemilik sebuah agensi pelancongan di China, Kementerian Budaya dan Pelancongan negara itu belum mengeluarkan pernyataan rasmi, sama ada melancong secara berkumpulan dibenarkan.

Encik Zhao akui, ramai yang ingin mengunjungi Singapura.

Gambaran yang serupa turut diberi oleh beberapa hotel yang dihubungi Mediacorp.

Jumlah pertanyaan tentang bilik hotel yang diterima dari China telah melonjak.

Menjangkakan jumlah pelancong China lambat-laun akan kembali melonjak, Hotel Pan Pacific sudahpun meningkatkan jumlah kakitangannya serta menjalankan program latihan sebagai satu persiapan.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan