Skip to main content

Singapura

Hotel Pan Pacific Orchard SG dinobat pencakar langit baharu terbaik di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel Pan Pacific Orchard SG dinobat pencakar langit baharu terbaik di dunia

(Gambar: Joyee Koo/CNA)

Diterbitkan : 07 Oct 2024 01:05PM
SINGAPURA: Bangunan Pan Pacific Orchard, sebuah hotel 23 tingkat yang terletak di kawasan beli-belah Orchard Road, dinobatkan sebagai bangunan pencakar langit baharu terbaik di dunia.

Anugerah itu diberikan oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Perbandaran (CTBUH), sebuah pertubuhan bukan meraih untung yang mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat. Hotel setinggi 140 meter itu turut merangkul tiga anugerah lain, termasuk dalam kategori setinggi antara 100m dengan 199m.

Anugerah itu diumumkan dalam satu sidang di London dan Paris yang berlangsung dari 23 September hingga 27 Septempber. Pan Pacific Orchard "mewakili bangunan perbandaran terbaik hari ini", kata ketua eksekutif CTBUH Javier Quintana de Una dalam satu kenyataan.

"Dengan menggabungkan kehijauan secara holistik ke dalam reka bentuknya, Pan Pacific Orchard menghormati warisan Singapura sambil mendorong pembangunan bandar yang mampan dalam suasana bandar yang padat," tambah kenyataan itu
Related article image
(Gambar: Joyee Koo/CNA)
Direka oleh syarikat WOHA Architects yang terkenal dengan tema "hotel dalam alam semula jadi", hotel 347 bilik itu dibuka pada Jun 2023, lima tahun selepas bangunan asal dirobohkan pada April 2018. Ia adalah hotel utama Pan Pacific Hotels Group (PPHG) di Singapura.

Berlatar belakangkan panorama bangunan kediaman privet dan pusat beli-belah di Orchard Road, strukturnya yang menarik seoalh-olah permainan Jenga, begitu menarik perhatian ramai dengan empat susunan yang dipenuhi dedaun.

Ia direka bentuk sekitar empat teres terbuka dengan tema - Hutan, Pantai, Taman dan Awan - dengan setiap teres menawarkan pengalaman unik tersendiri buat tetamu. Teres Hutan misalnya mempunyai air terjun bertingkat dan pokok yang tinggi. Teres Pantai mempunyai kolam renang berliku, manakala teres Garden mempunyai kawasan rumput yang terbentang luas. Teres Awan pula memaparkan ruang acara "seakan di awan" seperti dewan tanpa tiang.

Hotel itu turut memberi tumpuan kepada kemampanan dan diberi Anugerah Platinum Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada tahun 2020, yang mengiktiraf reka bentuk dengan amalan terbaik dalam kemampanan alam sekitar.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita