Hotel dan peniaga HBB perkenal menu tempatan ikonik sempena SG60
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Adakah anda ingin merasa kek cawan berperisa kopi siew dai atau 'maki roll' dengan rasa nasi lemak?
Sempena sambutan Hari Kebangsaan SG60 ini, hotel dan peniaga dari rumah (HBB) merebut peluang untuk memperkenalkan hidangan yang bertemakan perisa dan citarasa tempatan.
Peniaga HBB perkenal kek cawan dengan perisa ikonik Singapura
Misalnya, pemilik perniagaan HBB Shartini's Food Journal, Cik Siti Hartini Hamdi, memperkenalkan satu kelainan sempena sambutan SG60.
"Setiap tahun memang saya ada perisa tempatan untuk semua kek-kek saya semasa Hari Kebangsaan. Tapi tahun ini kita buat berbeza. Kita ada kek cawan yang dalamnya berisi inti. Kita nak mereka meneka intinya di dalam bila mereka makan," kongsi Cik Hartini.

Perisa-perisa kek cawan yang ditawarkan adalah ais kacang, tauhuey, kopi kurang gula atau siew dai, pandan, roti bakar mentega dengan kaya serta cendol.
"Saya merasakan bahawa perisa-perisa ini dekat dengan kehidupan harian kita. Siapa yang tak minum kopi siew dai setiap hari? Kita memang perlukan kopi itu. Dan siapa yang tak pernah bersarapan dengan roti bakar mentega dengan kaya? Hampir setiap pagi, itulah sarapan kita. Jadi, semua perisa ini memang signifikan dalam rutin harian masyarakat kita di Singapura," tambahnya lagi.
Kek-kek cawannya mendapat sambutan yang sangat baik sehinggakan tempahan sudahpun ditutup untuk hujung minggu ini (9 dan 10 Ogos).

Hotel Holiday Inn Singapore Atrium sediakan bufet makanan tempatan dengan sentuhan moden
Hotel Holiday Inn Singapore Atrium pula menyediakan hidangan bufet bertemakan makanan warisan Singapura yang disuntik dengan sedikit kelainan.
"Kita ada makanan yang penuh nostalgia tapi dengan sentuhan moden, seperti maki roll nasi lemak. Selain itu, kita juga ada ngoh hiang. Untuk pencuci mulut pula, ada cendol buat sendiri dan ais kacang buat sendiri. Sorotan utama bagi menu SG60 adalah 'durian crumble' dengan kek durian," kata Timbalan Ketua Cef, R. A. Zulkarnaen Nasir.
Makanan yang disajikan juga dipilih berdasarkan maklum balas para pelanggan yang diterima oleh pihak Holiday Inn.
"Secara purata, dalam tempoh 3 bulan, kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap semua makanan ini. Kebanyakan maklumat kami peroleh daripada bertanya kepada pelanggan yang sering kembali - apa yang mereka inginkan, apa yang mereka mahu, dan apa yang mereka mahu lihat sempena sambutan SG60," kongsi Cef Zulkarnaen.
Walaupun makanan yang diolah merupakan makanan kegemaran warga Singapura, Cef Zulkarnaen berkata ia turut mendapat sambutan yang baik dari warga asing dan hotel tersebut menyaksikan tempahan bagi bufet makanan tempatannya meningkat 20% sempena SG60.
Sajian unik sempena SG60 itu boleh dinikmati orang ramai sehingga 17 Ogos.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.