Hotel 200 bilik menghadap Pulau Coney akan dibina di Daerah Digital Punggol
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: JTC)
SINGAPURA: Daerah Digital Punggol, sebuah daerah perniagaan mampan dan bijak, akan menempatkan sebuah hotel dengan 200 bilik dengan pemandangan Pulau Coney.
Demikian menurut JTC pada Selasa (30 Apr).
Hotel tersebut akan disepadukan dalam menara taman perniagaan yang berada di bahagian timur daerah itu, dedah JTC, yang merupakan perancang dan pemaju daerah tersebut kepada Mediacorp.
Pembangunan itu, yang mungkin dijadikan kediaman servis, dijangka mempunyai keluasan lantai kasar kira-kira 8,140 meter persegi, tambah JTC.
JTC menyatakan ia sudah mengemukakan minat bagi tapak tersebut, yang mempunyai tempoh pemegangan 60 tahun. Penjualannya, yang diuruskan syarikat hartanah JLL, ditutup pada Selasa, pukul 1.00 tengah hari.
Menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan pada Jumaat (26 Apr), JTC mendapat kelulusan untuk membangunkan hotel dengan 223 bilik di Punggol Way pada suku pertama 2024.
Data tersebut juga menunjukkan JTC mempunyai kebenaran untuk membina pembangunan runcit dan pejabat di Punggol Way, dengan keluasan lantai kasar 31,022 meter persegi diketengahkan bagi kegunaan pejabat manakala 26,865 meter persegi diketengahkan untuk kegunaan runcit.
Kedua-dua projek bakal siap hujung tahun ini. Daerah Digital Punggol akan dibuka secara berperingkat bermula separuh kedua 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.