Hospital SG terima sehingga 35% rujukan bagi penilaian keselamatan susuli peraturan baharu PMA
Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan dan orang awam kelihatan di luar Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 30 April 2021. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Para ahli terapi pekerjaan berkata, meskipun pengguna alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) berjaya mendapat pensijilan di bawah peraturan baharu, memastikan mereka dapat mengendalikan alat tersebut dengan selamat kekal menjadi cabaran untuk sesetengah mereka.
Para pengguna, yang lazimnya lebih berusia, mungkin memerlukan penilaian dan latihan lanjutan.
Bermula 1 Jun, pengguna PMA perlu memperoleh sijil keperluan perubatan untuk membuktikan mereka layak menggunakannya, sekiranya berusia bawah 70 tahun.
Ketua Ahli Terapi Pekerjaan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) Huang Huixin berkata: "Salah satu cabaran yang kami hadapi ialah pesakit dengan pelbagai masalah perubatan, yang akan menjejas pertimbangan dan kebolehan mereka menunggang skuter bermotor dengan selamat.
"Kami akan menilai sama ada mereka ingat cara mengendalikan alat itu, sama ada mereka boleh memperlahankannya apabila mendekati halangan, dan sama ada mereka boleh memastikan jarak selamat dari pengguna jalan lain ketika menunggang."
Sebilangan pengguna boleh dinilai setelah dua sesi penilaian sahaja.
Namun, pengguna lain mungkin memerlukan sesi-sesi tambahan.
Pusat di TTSH itu menerima kira-kira 20 hingga 25 pesakit setiap minggu, naik 35 peratus berbanding sebelum ini.
Selain 200 klinik swasta yang terlibat dalam proses pensijilan ini, ahli terapi pekerjaan juga boleh mengeluarkan sijil kelayakan itu.
Hakikatnya, sesetengah pengguna tidak lulus penilaian.
Ketua Ahli Terapi Pekerjaan di NTUC Health, Dr Benjamin Lim berkata: "Kami menerima agak ramai warga emas yang gagal penilaian. Kebanyakan daripada mereka yang tidak lulus penilaian adalah kerana fungsi kognitif yang sebenarnya menghalang mereka daripada menggunakan alat bermotor dengan selamat.
"OT (ahli terapi pekerjaan) akan bekerjasama dengan mereka berhubung fungsi-fungsi itu, dan apabila mereka meraih semula fungsi itu atau membuktikan boleh membina kemahiran dalam fungsi itu, kami akan membenarkan mereka kembali menunggang alat itu dan terus melatih mereka."
Meskipun penilaian ini dapat membantu menentukan sama ada seorang individu boleh menggunakan PMA dengan selamat, Dr Lim berkata keadaan mereka boleh berubah pada masa akan datang.
Sesetengah pengguna boleh menghidap masalah perubatan atau mobiliti yang menjejas keupayaan mereka mengendalikan alat dengan selamat.
Lantaran itu, beliau menggesa agar pengguna PMA menjalani semakan berkala walaupun penilaian tahunan tidak diperlukan buat masa ini.
Sejauh ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan lebih 1,000 Sijil Keperluan Perubatan.

Sumber : CNA/QA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.