Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital Ng Teng Fong dampingi 700 penghuni blok sewa di Bukit Batok

Keadaan kesihatan sekitar 700 penghuni sebuah blok sewa di Bukit Batok bakal diberi lebih perhatian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2021 09:13PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 09:17PM

SINGAPURA: Keadaan kesihatan sekitar 700 penghuni sebuah blok sewa di Bukit Batok bakal diberi lebih perhatian.

Kira-kira 40 kakitangan Hospital Ng Teng Fong termasuk doktor, jururawat dan pekerja sosial perubatan akan mendampingi penduduk tersebut bagi membantu mereka menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Sebagai permulaan, sebuah program pencegahan jagaan kesihatan sudah diperkenalkan kepada penduduk yang tinggal di Blok 210A.

Kakitangan sukarelawan itu juga akan membantu meningkatkan tahap kesedaran mereka mengenai vaksin COVID-19 menerusi kunjungan ke rumah.

Selain itu, mereka juga akan membantu menghubungkan penduduk kepada khidmat jagaan yang disediakan di kawasan kejiranan serta menganjurkan pameran dan perbincangan mengenai kesihatan.

Anggota Parlimen SMC Bukit Batok Murali Pillai berkata menerusi program-program sedemikian para penduduk akan dilengkapi dengan pengetahuan, maklumat dan nasihat yang mencukupi daripada pakar kesihatan.

Oleh itu mereka akan dapat melakukan perubahan kepada gaya hidup masing-masing bagi meningkatkan kesihatan mereka. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan