Hospital Masyarakat Outram rintis pintu masuk imbas wajah tanpa sentuhan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital Masyarakat Outram merintis pintu masuk imbas wajah tanpa sentuhan untuk membantu para pengunjung menjimatkan masa.
Ini agar mereka tidak perlu beratur panjang untuk menziarahi pesakit di hospital.
Ia merupakan sebuah kotak kecil dilengkapi kamera dan sensor berteknologi tinggi boleh mengenal pasti wajah anda meskipun memakai pelitup dan mengambil suhu badan.
Jadi para pengunjung ke Hospital Masyarakat Outram boleh terus memasuki wad tanpa mengeluarkan kad pengenalan mereka.
Para pengunjung hanya mengisi dahulu maklumat penting dan mengimbas wajah mereka di laman internet.
SingHealth menjangkakan lebih 300 pengunjung setiap hari dapat menjimatkan sehingga 15 minit setiap seorang.
SingHealth merancang untuk melancarkan inisiatif tersebut di institusi lain termasuk Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.