Skip to main content

Singapura

Hospital Khoo Teck Puat beri amaran terhadap laman web palsu menyerupai lelaman rasminya

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital Khoo Teck Puat beri amaran terhadap laman web palsu menyerupai lelaman rasminya

Gambar fail Hospital Khoo Teck Puat.

Diterbitkan : 23 Feb 2022 08:43PM

SINGAPURA: Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) memberi amaran pada Rabu (23 Feb) terhadap laman web mencurigakan yang menyamar seolah-olah laman web rasminya dan menyatakan ia sudahpun membuat aduan polis. 

"Kami sedia maklum bahawa terdapat laman web yang menyerupai seolah-olah laman web rasmi Hospital Khoo Teck Puat (KTPH)," menurut hospital itu dalam satu catatan Facebook. 

"Kami sudah membuat laporan polis dan menghubungi hos domain tersebut untuk memadamkan laman web itu. 

"Semua penyedia khidmat Internet Singapura sudah menyekat akses kepada laman web tersebut dan pemeriksaan kami mengesahkan bahawa laman web itu tidak lagi boleh dilungsuri." 

KTPH tidak memberikan URL laman web palsu itu. URL bagi laman web rasmi KTPH adalah www.ktph.com.sg. 

KTPH menasihatkan masyarakat awam agar berhati-hati terhadap laman-laman web yang menggunakan alamat web berbeza untuk menyamar seolah-olah laman web rasmi hospital berkenaan. 

"Kekal berwaspada dan elak menekan pautan daripada sumber-sumber luar. Selalu amalkan budi bicara semasa mengongsi maklumat peribadi sensitif online," menurut hospital tersebut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita