Hospital Besar Ng Teng Fong akan dibuka pada 30 Jun
Hospital Besar Ng Teng Fong yang baru akan membuka pintunya pada 30 Jun ini. Dan bagi memastikan para pesakit diuruskan dengan lancar dan selamat, hospital di Jurong itu akan dibuka secara berperingkat.
Hospital Besar Ng Teng Fong yang baru akan membuka pintunya pada 30 Jun ini.
Dan bagi memastikan para pesakit diuruskan dengan lancar dan selamat, hospital di Jurong itu akan dibuka secara berperingkat.
Pada hari pertama, Hospital Besar Ng Teng Fong akan dibuka dengan 365 katil iaitu sekitar 50% daripada keupayaan keseluruhannya.
Mulai Jun tahun depan, jumlah itu akan ditambah secara berperingkat kepada 700 katil.
Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong berkata kementeriannya akan memastikan tiada kesesakan berlaku di hospital-hospital awam lain semasa tempoh peralihan Hospital Ng Teng Fong.
Encik Gan berkata: "Ambulans akan dibawa ke hospital berdekatan dan keupayaan akan diuruskan jadi kami akan memastikan bahawa terdapat keupayaan mencukupi untuk bertindak kepada kes-kes kecemasan. Jadi ini sebahagian daripada fasa di Hospital Besar Ng Teng Fong untuk memastikan bahawa pasukan ini mempunyai masa untuk membina kecekapan dan kebiasaan beroperasi dalam sekitaran baru. Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan keselamatan pesakit."
Sementara itu persiapan telah dilakukan untuk mengalihkan khidmat keluar dari Hospital Alexandra.
Mulai 30 hari bulan depan, ambulans akan berhenti membawa pesakit ke Hospital Alexandra.
Sebaliknya, pesakit yang diambil berhampiran kawasan berkenaan, akan dibawa ke hospital awam terdekat yang seterusnya iaitu NUH atau SGH.
Bagi mengurangkan keperluan untuk memindahkan pesakit, Hospital Alexandra tidak akan mengambil pesakit baru mulai 23 Jun.
Klinik Pakar Pesakit Luar dan Jabatan Kecemasan Hospital Alexandra akan berhenti beroperasi pada 29 Jun, 5.30 petang.
Dan baki pesakit akan dipindahkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Pada Jun 30, hospital baru dibuka sementara Hospital Alexandra ditutup untuk kerja ubah elok.
Kakitangan jagaan kesihatan yang baru daripada Sengkang Health akan mengambil alih pengurusan Hospital Alexandra menjelang suku ketiga tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.