Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital Besar Changi buka pusat pakar khusus untuk merawat luka

Rawatan lebih cepat untuk pesakit yang mengalami luka kronik di pusat penyembuhan luka yang baru di Hospital Besar Changi (CGH).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2021 06:51PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 08:50PM

SINGAPURA: Rawatan lebih cepat untuk pesakit yang mengalami luka kronik di pusat penyembuhan luka yang baru di Hospital Besar Changi (CGH).

Pusat itu akan merawat luka-luka seperti di kaki pesakit kencing manis.

Ia adalah pusat pakar khusus untuk merawat luka yang pertama di sebuah hospital awam.

Matlamatnya adalah untuk melakukan intervensi awal dan rawatan pesakit luar bagi luka-luka yang tidak sembuh dalam masa enam minggu.

Dianggarkan sekitar satu dalam kalangan 20 penduduk Singapura akan mengalami luka kronik.

Jumlah itu dijangka meningkat kerana keadaan penduduk yang semakin tua dan bertambahnya pesakit kencing manis.

CGH menyatakan pusat baru itu dapat mengurangkan masa menunggu daripada kira-kira dua bulan kepada hanya dua minggu. 

Sumber : CNA/NU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan