Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital baru di Bedok North akan dibuka menjelang 2030: MOH

Sebuah hospital bersepadu yang baru akan dibangunkan bersebelahan stesen MRT Bedok North dan dijangka siap menjelang 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital baru di Bedok North akan dibuka menjelang 2030: MOH

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 09:01PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 09:03PM

SINGAPURA: Sebuah hospital bersepadu yang baru akan dibangunkan bersebelahan stesen MRT Bedok North dan dijangka siap menjelang 2030.

Ia adalah hospital keempat yang bertindak sebagai hospital besar dan hospital masyarakat yang dibangunkan bersama.

Sebagai sebuah hospital bersepadu, ia menawarkan penjagaan akut dan masyarakat.

Ini bermakna terdapat kedua-dua hospital besar dan masyarakat bersebelahan satu sama lain, menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan termasuk khidmat kecemasan dan pemulihan.

"Penduduk semakin menua. Terutama di kawasan timur, kita melihat jumlah warga tua yang meningkat dan Hospital Besar Changi adalah satu satunya hospital di kawasan timur.

"Dengan penambahan hospital besar di Bedok North, ia akan bantu menambah kemampuan dan menambah keupayaan," kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

Hospital Besar baru itu akan dikendalikan oleh SingHealth.

Encik Gan yang melawat Hospital Masyarakat Outram pada Jumaat (13 Nov) menambah, model hospital dijangka berubah dalam masa terdekat sedang keperluan penjagaan kesihatan terus berkembang.

Ini juga serupa dengan Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Masyarakat Jurong.

Buat masa ini, terdapat 10 hospital akut dan sembilan hospital masyarakat di Singapura.

Anggota Parlimen GRC Aljunied Pritam Singh menulis dalam catatan Facebooknya bahawa Kementerian Kesihatan sudah berkongsi perancangan pembangunan awal tahun ini.

Beliau menambah, keperluan kesihatan penduduk Eunos akan lebih terjaga dengan pembukaan Poliklinik Kaki Bukit pada 2024.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan