Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital awam SG terima lebih ramai pesakit yang tidak perlu jagaan kecemasan

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital awam SG terima lebih ramai pesakit yang tidak perlu jagaan kecemasan

(Gambar: Facebook/Tan Tock Seng Hospital)

Diterbitkan : 22 Oct 2022 08:48AM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 11:49AM
SINGAPURA: Hospital awam di Singapura menerima lebih ramai pesakit yang tidak memerlukan jagaan kecemasan, menurut tiga kelompok jagaan kesihatan dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (21 Okt).

Kakitangan sudah dikerahkan untuk memberi lebih banyak sokongan bagi menangani jumlah pesakit yang ramai di jabatan kecemasan, kata Pengerusi kumpulan lembaga perubatan SingHealth, Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

"Kami memantau keadaan dengan teliti dan menyesuaikan tindak balas kami dengan sewajarnya untuk memastikan sumber yang kami ada untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19," menurut kenyataan itu.

Sejak awal tahun ini, hospital Singapura menyaksikan jumlah pesakit yang ramai di jabatan kecemasan.

"Ini diburukkan lagi oleh gelombang jangkitan sejak beberapa minggu yang lepas," menurut kenyataan itu.

"Kami sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyesuaikan kapasiti, sumber, protokol dan tenaga kerja untuk menjaga pesakit kami dan memastikan kakitangan kami selamat."

Tiga syarikat kumpulan jagaan kesihatan awam itu menyatakan orang ramai boleh menjangkakan masa menunggu yang lebih lama.

KEUTAMAAN KEPADA PESAKIT KECEMASAN SERIUS

Keutamaan rawatan akan diberi kepada kes-kes kecemasan atau yang boleh mengancam nyawa.

Ini membolehkan mereka yang mengalami penyakit kronik yang memerlukan jagaan kecemasan ditangani secepatnya, menurut kenyataan itu.

"Kami memohon pemahaman orang ramai bahawa masa menunggu yang lebih lama dijangkakan di jabatan kecemasan kami," kata pengerusi kumpulan lembaga perubatan itu.

Mereka menggesa orang awam termasuk kanak-kanak untuk mengunjungi klinik doktor umum atau klinik 24 jam bagi kes bukan kecemasan.

Pesakit yang masuk ke jabatan kecemasan dengan keadaan tidak serius mungkin dirujuk ke klinik lain untuk penilaian lanjut. Ini untuk mengutamakan sumber bagi mereka yang memerlukan rawatan akut hospital.

Mereka yang perlu mengambil ujian COVID-19 atau pemeriksaan untuk tanda jangkitan pernafasan akut boleh pergi ke Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk penilaian lanjut.

Pesakit yang stabil akan diminta menjalani program pemulihan di rumah seperti NUHS@Home, SGH@Home, Pusat Perubatan Kesihatan Yishun, atau di kemudahan rawatan COVID-19 yang bersesuaian.

"Terdapat kemudahan dan tenaga kerja khusus untuk menyokong penjagaan pesakit COVID-19," menurut kenyataan tersebut.

KEBAJIKAN KAKITANGAN

"Sedang kami bekerja keras untuk menjaga pesakit, kakitangan kami juga perlu masa untuk berehat."

"Memandangkan tempoh pandemik ini berpanjangan, kami meningkatkan usaha untuk memantau kesejahteraan kakitangan kami termasuk kesihatan psikologi mereka," kata pengerusi kumpulan lembaga perubatan itu.

"Kami memberi sokongan kesihatan mental, apabila perlu, dan menggalakkan kakitangan untuk menyokong dan menjaga satu sama lain."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan