Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital Alexandra dan Starhub lancar aplikasi Lifehub+ bimbing pesakit agar kekal aktif

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital Alexandra dan StarHub melancarkan khidmat kesihatan baru yang membimbing para pesakit cara kekal aktif secara digital menerusi rancangan yang direka khusus bagi mereka oleh para karyawan perubatan.

Ia bertujuan mencegah atau menangguhkan permulaan penyakit kronik selaras dengan strategi pemerintah di bawah SG Lebih Sihat.

Tidak kira seseorang itu bekerja di pejabat mahupun di luar, aplikasi LifeHub+ ini menjejak kegiatan pengguna dengan peralatan Fitbit dan mengingatkan pengguna untuk kekal aktif.

Ia juga memantau kegiatan seperti berapa kerap seseorang berjalan setiap hari, tempoh tidur dan kadar degupan jantung semasa berehat.

Para doktor kemudian menilai data sedemikian untuk merancang jagaan yang khusus buat para pesakit melalui notifikasi yang dikirimkan dalam aplikasi berkenaan.

Sejauh ini, sekitar 30 doktor keluarga berminat untuk menyertai inisiatif tersebut.

Seramai 300 pesakit Hospital Alexandra dan klinik doktor keluarga menjadi yang pertama menggunakan aplikasi berkenaan.

Khidmat tersebut percuma pada tahun pertama, namun selepas itu mereka perlu membayar yuran langganan bulanan sekitar S$10.

Hospital Alexandra dan StarHub berharap LifeHub+ dapat diselaraskan dengan aplikasi gaya hidup Lembaga Pengalakan Kesihatan (HPB), Healthy365.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan