Skip to main content

Singapura

Hospis Assisi di Thomson Road akan perluaskan khidmat jagaan di rumah

Hospis Assisi di Thomson Road akan memperluaskan khidmat jagaan di rumah yang ditawarkan bagi membolehkan lebih ramai pesakit tenat menghabiskan masa di rumah pada sisa akhir hayat mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jun 2019 08:56PM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 11:02PM

SINGAPURA: Hospis Assisi di Thomson Road akan memperluaskan khidmat jagaan di rumah yang ditawarkan bagi membolehkan lebih ramai pesakit tenat menghabiskan masa di rumah pada sisa akhir hayat mereka.

Langkah ini diharapkan dapat memenuhi permintaan jagaan paliatif di rumah sedang penduduk Singapura semakin menua.

Tinjauan Yayasan Lien pada 2014 mendapati 70 peratus rakyat Singapura ingin meluangkan masa di rumah pada sisa akhir hidup mereka.

Namun, perangkaan pemerintah pada 2015 menunjukkan hanya sekitar 25 peratus kematian berlaku di rumah, sementara sebahagian besar kematian berlaku di hospital.

Maka itu Hospis Assisi, yang buat masa ini menawarkan khidmat jagaan di rumah kepada sekitar 450 pesakit, menyasarkan untuk memenuhi keperluan tambahan 20 peratus pesakit tahun depan.

Hari ini, Hospis Assisi menjalankan usaha mengumpul dana bagi para pesakitnya.

Menerusi pelbagai kegiatan yang diadakan dalam acara tahunannya hari ini, hospis itu berharap dapat mengumpul S$1 juta.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita