Hormati adat kaum lain demi kekal keharmonian S'pura: S Iswaran
Sekitar 200 penduduk West Coast dan Pioneer menerima kerakyatan mereka pada Sabtu (4 Ogos) lima hari sebelum Hari Kebangsaan.

Menteri S Iswaran dengan warga yang baru dapat kerakyatan Singapura. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sekitar 200 penduduk West Coast dan Pioneer menerima kerakyatan mereka pada Sabtu (4 Ogos) lima hari sebelum Hari Kebangsaan.
Mereka berasal dari lebih 10 negara dengan kebanyakannya dari Asia seperti Malaysia dan China.
Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi West Coast S Iswaran berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat Singapura tidak boleh diambil sambil lewa.
Ini kerana dalam keadaan sekarang, tidak sukar untuk sentimen-sentimen negatif menular dan perbezaan berakar umbi dalam masyarakat.
Oleh itu menurut Encik Iswaran lagi, rakyat Singapura perlu memainkan peranan untuk mengekalkan kemantapan dan keharmonian negara.
Ini boleh dilakukan dengan menghormati adat istiadat kaum lain dan melakukan kebaikan.
Sejak tahun lalu, sekitar 22,000 individu sudah diberikan kerakyatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.