Home Team yang berkesan, dihormati dan dipercayai penting untuk kejayaan SG: Shanmugam
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, Pasukan Home Team yang berkesan, dihormati dan dipercayai penting untuk kejayaan Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, Pasukan Home Team yang berkesan, dihormati dan dipercayai penting untuk kejayaan Singapura.
Ini kerana penerapan undang-undang dan ketenteraman yang baik, penting untuk kehidupan seharian yang nyaman, serta untuk ekonomi negara.
Beliau berucap demikian di majlis Anugerah Pasukan Home Team.
"Bagi Singapura, undang-undang dan ketenteraman adalah satu kelebihan daya saing utama - ia adalah asas kehidupan kita, stabil, nyaman. Pada masa yang sama, ia adalah asas kemakmuran ekonomi kita.
"Jadi rasa selamat yang kita nikmati ini sangat berharga. Kebebasan yang semua kita, keluarga kita miliki, menjalani kehidupan harian kita dengan fikiran yang tenang," kata Encik Shanmugam.
Sekitar 130 anugerah disampaikan semasa majlis Anugerah Menteri tahun ini, bagi mengiktiraf para pegawai Home Team yang memberi sumbangan besar dalam pelbagai operasi utama, serta untuk inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan.

Sumber : CNA/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.