Skip to main content

Singapura

Home Team SG manfaatkan teknologi canggih, tingkat prestasi pegawai barisan hadapan

Pasukan Home Team Singapura memanfaatkan teknologi canggih bagi meningkatkan prestasi pegawai barisan hadapan ketika berdepan situasi tekanan yang tinggi.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Nov 2025 09:25PM Dikemas Kini : 21 Nov 2025 01:43AM
SINGAPURA: Pasukan Home Team Singapura memanfaatkan teknologi canggih bagi meningkatkan prestasi pegawai barisan hadapan ketika berdepan situasi tekanan yang tinggi.

Pelancaran kemudahan XPLORE akan membantu para pegawai membentuk peralatan lebih baik serta simulasi senario krisis bagi latihan lebih baik.

Tujuh makmal HTX, pertama seumpamanya yang dikhususkan untuk meningkatkan prestasi manusia bagi keselamatan awam.

Simulator realiti campuran pertama yang digunakan oleh Pasukan Home Team Singapura dibangunkan oleh Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX) lebih dua tahun lalu.

Ia merupakan salah satu daripada tujuh makmal yang menyelidik peralatan canggih dan kaedah latihan untuk pegawai barisan hadapan Home Team.

Sistem tersebut boleh dikembangkan merentasi kawasan latihan yang lebih besar.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita