Home Team perkenal avatar AI dalam latihan simulasi; bakal digunakan jelang 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Melatih para pegawai Home Team menggunakan avatar yang dijana AI untuk mengasah kemahiran insani mereka.
Ini temasuk membantu mereka apabila berhubungan dengan orang awam, contohya semasa menjalankan temu bual dengan seorang saksi.
Pihak akademi berharap untuk menggunakannya jelang tahun depan.
Ia merupakan antara inovasi yang dipamerkan semasa seminar pelan kerja Home Team tahun ini.
Tidak lama lagi, avatar AI mungkin digunakan untuk melatih pegawai Home Team dalam senario terkait.
Ia bertujuan untuk menjadikan latihan lebih nyata dan interaktif, dan mengurangkan keperluan untuk manusia sebenar dalam lakonan semula.
"AI generatif menawarkan peluang yang besar untuk kami di peringkat Home Team, dari segi penggunaan dan penerapannya di bidang latihan dan pendidikan.
"Jadi tentu sekali, sistem latihan simulasi kami, yang kami sedang bangunkan untuk generasi seterusnya, dan ini salah satu ciri utama yang kami ingin manfaatkan," jelas Ketua Eksekutif Akademi Home Team, Anwar Abdullah.
Ini sebahagian daripada pembangunan berterusan Sistem Simulasi Home Team generasi masa hadapan.
Matlamatnya adalah untuk menggunakan teknologi canggih seperti realiti lanjutan, untuk menyokong latihan sepadu dengan pelbagai agensi lain.
Sejak 2018, lebih 7,000 pegawai telah dilatih menggunakan sistem tersebut.
Turut dipamerkan di seminar itu, bilik darjah pintar dilengkapi dengan ciri-ciri baharu untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Ini termasuk kamera dengan fungsi rakaman video yang dipertingkat serta panel paparan interaktif.
Manakala, ini pula mengumpul data mengenai taktik pukulan baton para pegawai penjara, dan dipastikan akan dilancar pada 2026.
Sistem tersebut menggunakan pengkomputeran spatial dan AI untuk mereka semula tempat jenayah berlaku serta mengekalkan bukti.
Ia boleh melatih pegawai penyiasat pada masa depan untuk meramalkan jenayah yang berlaku - semuanya menerusi kaedah maya.
"Persekitaran operasi Home Team bakal menjadi lebih kompleks pada masa akan datang. Untuk membantu pegawai mengasah bakat dan kemahiran semula, pihak HTA perlu sentiasa memantau pendekatan pembelajaran baharu, teknologi baharu, metodologi yang dikemas kini dan menerapkannya dalam konteks Latihan & Pembelajaran kita," ujar Menteri Negara, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling.
Ini semua adalah sebahagian daripada usaha transformasi Home Team, sedang ia bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Sumber : CNA/SM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.